Monday, April 11, 2011

Tips Untuk Kuruskan Badan


Tips diet adalah kurangkan makan dan lebihkan senaman. Tapi kalau dah jumpa makanan sedap, dah jadi tak reti nak berhenti makan dan bila penat,malas pulak nak senaman. Jadi, bagaimana nak kurangkan berat badan?

Tips ini hanya berguna kepada orang yang tidak mementingkan diri sendiri. Cara terbaik untuk kurangkan makan adalah dengan mengingati bahawa apabila kita mati kelak, kita Akan diusung ke kubur. Jadi apabila kita berbadan besar, tidakkah kita menyusahkan orang ramai yang akan mengusung kita. Lainlah kalau kita gali dan tanam diri kita sendiri.

Mayat manusia adalah mayat yang paling busuk. Kalau kita terjumpa bangkai, sudah pasti kita menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau yang busuk bahkan ada yang termuntah tetapi sedarkah kita mayat manusia itu lebih busuk dari itu? Sebab itulah
  mayat manusia perlu dikebumikan se dalam 7 kaki.

Kenapa mayat manusia sangat busuk? Jawapannya mudah kerana manusia itu makan semua benda. Makanan manusia pun manusia makan, makanan binatang pun manusia makan berbanding binatang hanya makan makanan mereka dan tidak makan makanan manusia. Contoh mudah : Pucuk adalah makan kambing, tetapi manusia juga makan makanan kambing itu. Manusia juga memakan daging dan ikan, tetapi kambing tidak makan makanan manusia itu.Sebab itulah mayat manusia itu lebih busuk. 


Anologi mudah, jika kita membuka peti sejuk yang kurang barang, pasti tidak akan terbau sangat namun jika peti sejuk itu sarat dengan barang, pasti akan mengeluarkan bau. Begitu juga kita, apabila semua benda nak disumbat, kita akan jadi seperti peti sejuk itu.
Oleh itu, kurangkanlah makan.

"MAKAN APABILA LAPAR,

BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG"
Wallahu a'lam (sumber)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...