Makcik Nasi Lemak vs Tricubes RM50 Juta? |
......
Teman ni ada satu 'pe-el'..
Kalau teman dah nyinggah satu gerai ..
Teman selalunya akan terikut singgah dihari-hari yang lain..
walaupun sekadar membeli 2 ketul kuih!
Kalau tak nyinggah.. rasa segan pulak.. rasa kesian pulak..
iskkk.. memang muka teman ni legend.. tapi hati cute!
Ape pun tak bolehhh!!
Tapi 2-3 menjak ni..
teman dok perasan.. makcik ni kejap meniaga.. kejap idak..
so, pagi tadi teman nyinggah lee.. kebetulan ada pulak makcik tu meniaga pagi ni..
semalam takde!
teman pun tanya le..
"apesal kejap meniaga kejap idak makcik??"
"'Ntah le nak oi.. sekarang ni..dah kurang orang membeli..
Banyak yang bawak bekal gi keje..
Ada yang selalu beli nasi lemak lauk ayam.. la ni dah beli nasi lemak standard je..
takde tambah-tambah lauk.. budget.
Barang-barang makin mahal..
nak beli barang mentah untuk nasi lemak dan lauk-lauk ni pun..
kadang-kadang tak cukup modal!
Nak naikkan harga karang.. kesian kat orang yang datang membeli!"
Keluh makcik tu perlahan-lahan sambil pulangkan baki duit kuih teman tadi..
Sambil tunggang moto 180km/j ke opis tu..
teman dok kenangkan nasib makcik tadi..
anak-anak dia semua keje biasa-biasa je..
suami tak sihat.. dah tua..
duduk pulak di bandar ni.. Bukit Beruntung kira bandar laaaa..
hmmm.. susah jugak meniaga gerai nasi lemak ni..
Untung sungguh orang meniaga macam tokey Tricubes neh!
Dah nak melingkup di BSKL..
Senang-senang dapat injection RM50 juta!
Kalaulah makcik tadi dibantu dengan cara bersungguh-sungguh kawal ekonomi rakyat terbanyak..
Kan banyak kesannya..
Bila kecairan duit pada rakyat makin meningkat..
kompom ramai orang akan berani beli nasi lemak berlauk ayam mahupun daging daripada makcik tadi..
makcik tadi pun takde la takut nak keluar modal beli bahan mentah sebab harga tak melampau mahalnya!
Dan dia pun bolehlah jual makanan dengan harga yang sesuai dan mampu dibeli oleh pengguna macam teman neh!
idak ler semua sibuk bawa bekal ke tempat kerja!
hmmm.. sampai bila la nasib rakyat Malaysia macam ni..
Negara kaya... hasil mahsul bumi bukan main banyak..
Ada hujan dari langit jadi sungai..
Ada tumbuhan dari bumi subur dan menjadi..
Ada minyak dari perut laut untuk didagang..
Ada haiwan melata atas tanah untuk dimakan...
tapi hasilnya? puak-puak tuuuu jugak yang perabis!
Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.-Malaysiakini
Tricubes: Emel 1M'sia tak babit dana k'jaan
Projek Emel 1Malaysia tidak melibatkan dana awam, demikian menurut syarikat IT tempatan - Tricubes Bhd - yang bakal melaksanakan projek bernilai RM50 juta itu Julai depan.
Ketua pegawai eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar bagaimanapun berkata, projek itu terletak di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dilantik sebagai fasilitator kerajaan.
Katanya, Tricubes tidak dapat mendedahkan semua butiran model perniagaannya untuk projek Emel 1Malaysial, tetapi tegasnya, sebagai syarikat tersenarai, ia telah menggariskan strategi utama bagi memastikan daya maju komersil termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan pada masa depan.- Malaysiakini
Pelopor projek emel 1Malaysia syarikat bermasalah.
Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.
Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."
Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia,
pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.-Malaysiakini
No comments:
Post a Comment