Saturday, April 9, 2011

Gedik-menggedik tu Sifat Lelaki ke Perempuan?

kambing pun tau gedik??
Assalamu'alaikum,


Madre Amor walau pun dah tua gini masih tak berapa nak faham dengan istilah gedik2 bagai. Pernah  terbaca satu entry tapi terlupa pula nak catit tulisan siapa tentang  orang - orang yang ada sifat gedik, katanya tak kira perempuan atau lelaki boleh dapat sifat ni secara reflex action. Betul ke?
Selalunya sifat ini semulajadi ada pada orang perempuan....lelaki pun ada juga ke?.

Mudah tertarik dan perasan

Tiba-tiba anda terperasan yang seorang lelaki @ perempuan ni perasan kat anda, maka dengan tiba-tiba  anda membetulkanlah posisi badan anda. Tangan memegang hp dengan pantas dan sibuk memikirkan apa yang tak kena dan tak cukup pada muka anda. Huh! Masa ni, anda akan terus berfikir apa yang hendak anda cakap sekiranya dia menegur. Tentang masa depan, tentang anak-anak. Aduhai~ tak tegur lagi ni. Dah macam-macam dah difikirnya.

Perasan cantik

"Awak tak tegur saya sebab awak perasan awak cantik" Yup! Kebanyakan gadis-gadis memang ada simptom ni.... mempunyai perasaan perasan cantik. bab ni,  taknak lah kupas panjang-panjang,  nanti ada yang marah, hehe ..~

Semangat

Berasa teruja dan bersemangat bila mana berada di dalam sekumpulan orang lelaki. Kebanyakan perempuan macam ni akan terasa dirinya sedang diperhatikan. Oleh kerana itu, semua perkara yang dibuat akan di cover supaya tidak nampak cacat celanya. Cover punya cover, sekali jalan, tersadung kaki. Lelaki pun ada gak macam ni. Cover depan perempuan bukan main, sekali terjatuh longkang pulak. Adoyai ~ 

Mengada-ngada

Mengada-ngada! Hah..Ni bukan trademark lagi, dah macam lesen untuk berniaga pentingnya. Selagi mana anda yang mempunyai ciri-ciri di atas, anda mesti akan mempunyai ciri-ciri yang ni juga. Masa tu,suara tiba-tiba bertukar jadi ala- ala chipmunk. Intonasi suara dikawal lagak orang sedang menyanyi. Aduh! Ustaz pun boleh cabut kopiah kalau iman tak kuat. Tapi, yang jadi masalahnya kalaulah yang gedik tu lelaki ? Er...

Terasa popular

Anda rasa semua orang minat kat anda. Bahkan, kalau anda masuk AF dan terkeluar, undi masuk yang dibuat tu mesti seratus peratus untuk anda. Walla~ Masa ni lah, anda akan mula keluarkan ayat-ayat power untuk meng-ayat mana-mana orang yang anda rasa sesuai. Mintak no phone, try mesej, call , dan terakhir ajak dia keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak, akan terkeluar ayat macam ni." Ala, dia saje buat-buat taknak dengan aku. Jual mahal la tu.. "


Cameraman vs Camerawomen

Addicted dengan lensa kamera. Bila ada je orang pegang kamera,dan lensanya menghadap ke arah anda maka, secara tiba-tiba anda menjadi fotogenik. Muahaha.... Paling penting, anda pandai membuat gaya berbeza walaupun ditangkap dengan lebih 50 kali shoot. Ahaiiii.

Ada dua situasi benda ni takkan dipanggil gedik.

1. Berlaku antara suami dan isteri
2. Anak bongsu dan ibu bapanya.



Entahlah.....tak pasti betul ke tidak pendapat tentang  gedik ni.

Photobucket

P/S : Rasa-rasanya gedik ni kalau bertempat, bagus juga. Bukan semuanya negatif kan3? Walla~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...