Meguap?
Menguap dikaitkan dengan keletihan atau kebosanan. Ia adalah INSPIRASI DAN EKSPIRASI selama 5-6 saat.
Menguap ada efek menular yang mendorong orang lain pun menguap sama.
Ya, bila dah menguap tu pergilah tidur . Pentingnya tidur yang berkualiti sehingga jika kita memiliki hari tanpa tidur ia amat mengerikan. Mata dan tubuh terasa berat, kepala sakit, merasa letih dan tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidur adalah keadaan di mana satu relatif yang bergantung kpd aktiviti sensorik dan motorik.
Para saintis telah menentukan bahawa tidur memainkan peranan penting dalam sistem kekebalan tubuh, pembelajaran, memori, metabolisme dan fungsi organ vital lain.
Waktu tidur mengikut peringkat usia- untuk kanak2 :Dari 16 hingga 18 jam sehari ,
orang dewasa : selama 7 hingga 8 jam setiap hari.
Orang dewasa masih memerlukan 8 jam tidur. Keberkesanan tugas-tugas harian sangat bergantung pada kuantiti dan kualiti tidur yang anda miliki.
Tidur bermanfaat bagi kita untuk bertindak balas cepat, berfikiran positif, meningkatkan konsentrasi dan membolehkan kita mencipta kenangan.
Pusat pembelajaran di otak sangat aktif ketika tidur. Kehilangan 1 jam tidur mempunyai harga yang tinggi. Kemampuan anda untuk melakukan fokus dan melakukan tugas-tugas fizikal sangat menurun mengakibatkan prestasi yang lebih rendah di sekolah atau di tempat kerja. Juga, anda cenderung untuk membuat keputusan yang salah ketika anda mengantuk.
Tidur juga mempengaruhi suasana hati kita. Kurang tidur sering dikaitkan dengan lekas marah, hubungan bermasalah dan perilaku yang buruk. Selain itu, mereka yang kekurangan tidur terdedah kepada kemurungan.
Yang paling penting, tidur amat baik untuk kesihatan kita. Tidur yang cukup dapat menurunkan risiko tekanan darah tinggi, masalah jantung dan keadaan perubatan yang lain. Hal ini kerana saat tidur , hormon tertentu yang meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita berada di puncaknya. Ini mungkin salah satu alasan mengapa tidur malam yang baik dapat membantu anda dari mendapat sakit.
wallahu'aalam
p/s: tapi kalau terlebih tidur pun tidak baik untuk kesihatan, pemikiran , dan kerajinan.
suntingan dari:
HTTP://THEPEACE08.BLOGSPOT.COM/L
HTTP://THEPEACE08.BLOGSPOT.COM/L
No comments:
Post a Comment