ori |
Madre sebenarnya tak minat sangat dengan isu-isu politik masakini yang tak habis-habis dengan fitnah sana-sini tapi entah kenapa malam ini terpanggil pula untuk komen sedikit mengenai video lucah yang cuba menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Harap2 tak adalah diantara kalangan kita yang terlibat menyebarkan bahan berunsur fitnah seperti ini kerana hukuman pembalasan diakhirat nanti amat berat dan azab. Na'uzubillahi min zaalik.
Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmin, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Sumber TVS
Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.
Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan.
“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.
Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.
Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.
Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gandingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.
Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.
No comments:
Post a Comment