Saturday, April 30, 2011

Itu Kan Jodoh Namanya



Selalunya rakan baik yang berlainan jantina pasti ada perasaan antara mereka  walaupun sedikit seperti cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai (maaf kalau salah eja). Apatah lagi kalau lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk berduaan pasti ada CAS!.  Kebanyakannya tanpa disedari jodoh rupa2nya sudah lama berada di hadapan mata atau berdekatan kita. 

Sebab itulah kita  hambaNya yang bodoh, lemah dan naif memang tidak tahu dan tidak sedar apa yang belum, sedang, telah dan akan kita lakukan dalam hidup. Walau setinggi atau serendah mana pun darjat, harta, kedudukan atau latarbelakang kita, kita pasti tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan patut  bertaubat, berdoa mohon kemaafan serta menginsafi atas segala kesilapan lalu.

Allah SWT Maha Mengetahui segalanya dan pasti Dialah yang mengatur hidup kita. Memang selalu kita dengar ada rakan-rakan atau sesiapa sahaja ber'couple' atau bercinta banyak kali tapi terputus sekerat jalan.  Akhirnya mereka berkahwin dengan sahabat baik mereka tanpa mereka rancang atau memikirkannya! Itulah kuasa Allah SWT yang tiada tandingan kerana penentuan jodoh, ajal-maut semuanya ditangan Dia. Sebab itulah kebanyakan kita tidak sedar jodoh kita sudah lama berada di hadapan atau berdekatan kita.

Kerana kebiasaannya, apabila penat bercinta dan apabila putus harapan, mungkin pilihan terakhir untuk mencari pasangan hidup adalah sahabat baik kita, kerana dialah tempat yang selesa dan sesuai untuk berkongsi suka duka. Anda boleh menemui banyak artikel di google dimana banyak kisah rakan atau sahabat karib menjadi kekasih dan seterusnya mendirikan rumahtangga setelah masing-masing pernah putus cinta. Siapa yang mengatur semua itu jika bukan Allah SWT dan siapa pelakonnya jika bukan kita. Kita mesti bijak memilih yang baik2 sahaja dan menjauhi segala yang mungkar. 
Oleh itu ingatlah, terutamanya anak-anak gadis di luar sana, jagalah maruah diri serta keluarga termasuk agamamu kerana bercinta tidak menjamin ke arah perkahwinan tanpa menemui seseorang bergelar lelaki yang tidak meninggalkan solatnya, menjaga agamanya, benar-benar tulus, dan ikhlas (tidak sesekali akan menyakiti kamu, jika memang dia bukan jodoh kamu, tidak hairanlah dia berkahwin dengan orang lain).
Lelaki yang baik pasti memelihara agamanya, menjaga maruah anak gadis serta keluarga, dapat menahan nafsu dan bertekad menjadikan  hanya kamu suri hati dan suri rumahtangganya apabila telah bersedia dari segi zahir dan batin mengikut ketentuan masa. Dan yang paling penting adalah restu ibubapa kedua pasangan.

Bercintalah dan berhiaslah hanya kepada suami atau isteri sahaja iaitu setelah SAH bergelar suami isteri tanpa perlu mendedahkan apa yang kaum wanita ada sewenang-wenangnya pada kaum lelaki. Ini kerana memang lelaki gemar perkara-perkara yang boleh meningkatkan nafsu syahwat mereka sehingga pasangan kekasih atau couple tidak menyedari samada mereka bercinta kerana nafsu atau sebaliknya.  
Tetapi adakah pasangan bercinta kerana Agama? Adakah agama Islam menyuruh umatnya bercinta atau berkasih sebelum melangsungkan perkahwinan/hubungan SAH selepas akad nikah? Apakah lagi yang mampu kita lakukan untuk membersihkan hati dan diri kita bagi mendapatkan keampunanNya?

Masih sempat lagi untuk bertaubat kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang. Kita mesti bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan petunjuk dan hidayahNya sebelum kita meninggalkan dunia ini untuk bertaubat. Cubalah dan cubalah menahan segala hasutan makhluk bergelar syaitan dan nafsu itu dari awal lagi.

(Wallahua'lam)




Jodoh itu milik ALLAH
Dia yang SeLAYAKnya mengatur dan merancang
Kehidupan hamba-hambaNya

Sehebat mana pun kita mencari cinta
Kita tidak mampu yakin si dia jodoh kita

Kerana di atas sana
Telah tertulis siapa sebenarnya si dia untuk kita

Nak yang baik, diri kena baik.
Tapi..
Diri kita dah baik sangat ke?
Untuk mengdambakan mereka-mereka yang baik?

Bukankah baitul muslim itu lahir daripada individu muslim?

akhirnya,

berdoalah,
berdoalah,
..................................

banyak lagi benda-benda besar yang perlu difikirkan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...