Sunday, April 17, 2011

"Percaya Saya, Taib Akan TURUN" : Najib



KUCHING: Perdana Menteri Najib Tun Razak hari ini berjanji kepada pengundi Sarawak bahawa Ketua Menteri Taib Mahmud yang semakin tidak digemari ini akan mengundurkan diri seperti yang dijanjikannya sebagai tawaran untuk mempertahankan "fix deposit" Barisan Nasional.

Jaminan Najib itu membuktikan spekulasi bahawa pentadbirannya melihat Taib sebagai liabiliti kepada negara dan berlaku di tengah-tengah spekulasi yang meluas bahawa dia tidak akan turun dari jawatan Ketua Menteri walaupun telah memegang jawatan itu selama 30 tahun, merupakan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara.

"Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak dan dia telah bersetuju untuk membuat perubahan kepimpinan di Sarawak," kata Najib kepada 1,000 hadirin dalam satu acara BN di sini.

"Percayalah, pada saya, bila tiba waktu yang tepat, ia akan dilakukan," tambahnya lagi.

Taib sebelum ini berkata ia akan meletakkan jawatan selepas meletakkan satu pasukan pengganti yang muda, yang akan dilakukannya selepas pertengahan penggal selepas pilihan raya 16 April ini.

Bagaimanapun dia tidak memberikan had masa yang tepat untuk “rancangan peralihan licin”, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa langkah itu hanya semata-mata gimik pilihan raya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...