Wednesday, April 13, 2011

Jatuh Di timpa Tangga

Madre terkedu seketika bila tiba-tiba boss masuk ke lobi dengan pakaian yang tidak terurus sambil bertanya Madre ada Iodin tak?Adoyai, boss...boss. rupa-rupanya terjatuh  semasa bekerja mencantas dahan pokok, siapa suruh? kalau dah jadi pengarah tu, arahkan saja orang buat udah ler.. Kot ia pun nak tunjuk kepimpinan melalui teladan, agak2 lah!! Kelamkabut Madre dibuatnya, maklum sajalah boss tu pernah menjalani pembedahan jantung, issyyy!  janganlah jadi apa2 pulak.
Dr. Abd. Razak (Pengarah ITU) yang baru.
Madre suka bila beliau menjadi boss baru, iyolah...dulu kira kawan baik juga, sama-sama kerja di bawah satu payung Bahagian Latihan, sama-sama dalam satu kumpulan turun naik Genting Highland bila diarahkan untuk menyiapkan modul poultry. Beraraklah kami kesana kemari dengan kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai 'BAPA AYAM'. Istimewanya kerana beliau mempunyai kepakaran (master) dalam bidang tersebut.
Tapi, bila beliau dah jadi pengarah macam ni,  Madre perlu jaga protokol juga walaupun sebenarnya agak payah sikit sebab banyak kenang2an sewaktu bergelandangan sebagai kakitangan bawahan. TRADE MARK PERKATAAN BELIAU YANG MADRE TAK PERNAH LUPA...."GHIMEH" (bahasa oghang Bidor, Perak), haha
Bila tadi nampak beliau  bertongkat datang ke pejabat, Madre tambah lagi respect....dalam hati Madre berkata:

KUAT BETUL SEMANGAT BELIAU MENGGALAS AMANAH
BOLEH KE ANAK-ANAK GENERASI BARU MENCONTOHI BELIAU?

MUDAH2AN ALLAH MEMBERKATI USAHA MURNI BELIAU
AAMIIN, YA RABBAL 'AALAMIIN




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...