Dah malam-malam buta begini Madre masih juga tak boleh melelapkan mata.
Nepotisme.....nepotisme......nepotisme.....nepotisme.....nepotisme
= perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja ( Kamus Dewan DBP).
Itulah perkara yang sering berlaku dalam agensi kerajaan maupun swasta. Misalnya dalam urusan mendapatkan kontraktor pembekal makanan bermasak sepatutnya melalui proses sebutharga atau tender. Tetapi, apalah ertinya semua itu kalau tawaran untuk memasuki sebutharga hanya dibuka kepada pihak tertentu sahaja. Keluarlah peraturan ke prosidur kewangan apa pun..
Tak ada maknanya...Lantiklah pegawai A dan B sebagai pembuka sebutharga, pegawai C dan D sebagai penilai teknikal dan kewangan tapi sekiranya ada tangan-tangan tersembunyi telah menentukan bagi mempastikan siapa yang akan diberi, semua proses dijalankan hanya untuk formaliti semata-mata. Kerja sia-sia, tidak berintegriti.
Madre tak rela, TIDAK!!!!!!!!!TIDAK!!!!!!!TIDAK........TIDAK sama sekali....
macam juga tak rela untuk telan semua makanan yang hanya akan membuat Madre jadi GEMOK, OBES dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
ASTAGHFIRULLAH, LAA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL 'ALIIYIL'AZHIIM
No comments:
Post a Comment