Apakah Air Hujan sudah di cemari Radioaktif? Posted on Wednesday, March 16 @ 19:02:49 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya |
Oleh: LeeSlimShady
"Seorang penternak ikan kerugian kira-kira RM320,000 apabila lebih 50,000 ekor ikan siakap yang diternak di dalam sangkar di Sungai Sedili Kecil di sini mati secara tiba-tiba kelmarin.
Penternak ikan tersebut, Zakaria Jaafar, 57, berkata, kejadian itu hanya disedari awal pagi kelmarin ketika dia dan tiga pekerjanya tiba di sangkar itu yang terletak di kuala Sungai Sedili Kecil.
Pada mulanya hanya separuh daripada ikan siakap yang dibela mati ketika kami tiba di sangkar tersebut kelmarin."Bagaimanapun, bila kami datang semula hari ini, habis kesemua 50,000 ekor ikan yang diternak dalam 114 buah sangkar mati," katanya ketika ditemui federation bloggers di sini, kelmarin.Zakaria berkata, dia bingung dengan kejadian tersebut dan tidak mengetahui punca kesemua ikan ternakan tersebut mati.
Katanya, dia mendapatkan benih anak ikan siakap tersebut dari utara tanah air dan diberi makan dua kali sehari."Kebanyakan ikan yang mati seberat di antara 500 hingga 700 gram seekor dan hanya menunggu masa untuk digredkan saiznya sebelum dijual di pasaran tempatan dan Singapura.
"Sebanyak 21 ekor ikan induk seberat antara lima hingga 10 kilogram yang berusia tiga tahun yang disimpan untuk benih turut mati," katanya.Zakaria memberitahu, kejadian seumpama itu adalah yang paling buruk menimpanya sejak dia memulakan perniagaan 12 tahun lalu.
kejadian ini berlaku beberapa hari selepas kejadian tsunami dan letupan loji reaktor nuklear di jepun.Manakala satu lagi kejadian berlaku beberapa hari sebelum kejadian letupan letupan loji nuklear di tokyo.
Lebih berjuta ikan sardin ditemui mati dipantai redondo california pada 9 mac yang lalu.Manakala kejadian tsunami di jepun berlaku pada 11 mac.
Apakah sudah ada sisa - sisa radioaktif yang sudah terlepas dari loji nuklear beberapa hari sebelum terjadinya kejadian tsunami?
Apa yang jelas di hadapan kita debu - debu yang berterbangan diudara sudah pastinya terperangkap dalam awan yang membawa hujan.
Dakwaan ini di perkukuhkan lagi dengan laporan Tahap radiasi lebih tinggi iaitu 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.
Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.Bukan sahaja itu malah apa yang kita ketahui bahan uranium dalam proses Nuklear di bina melalui air ringan .
Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.Bukan sahaja itu malah apa yang kita ketahui bahan uranium dalam proses Nuklear di bina melalui air ringan .
Maka kita harus faham bahawa pergerakan dan perebakan nukleus - nukleus atom yang terdapat dalam pergerakan nuklear tidak dapat di kawal ini kerana ia bukan sahaja boleh merebak dalam jarak 20 km radius malah dalam jarak beribu - ribu batu jauhnya.
Ini kerana ianya bukan begerak bagaikan debu yang berterbangan di udara tetapi dalam kata yang lebih mudah umpamakan nukleus atom yang terkawal ini bagaikan berjuta - juta pin - pin bowling yang akan kita jatuhkan menggunakan bowlers dalam permainan bowling.
Bayangkan retakan loji nuklear itu sebagai "bowler" yang di lempar ke arah pin - pin bowling dan pin - pin bowling itu akan menjatuhkan antara sama - lain. 1 pin akan menjatuh 10 pin, manakala 10 pin akan menjatuhkan 100 pin dan begitu lah seterusnya.
Tindakan ini di lihat tidak dapat di kawal dalam jangka masa beratus - ratus tahun lamanya dan kesan akibat dari pergerakan nukleus yang tak dapat di kawal ini secara tidak langsung bukan sahaja akan menjadi penyebab kepada penyakit merbahaya.
Malah secara ngerinya ia akan mengubah bentuk dan komposisi genetik manusia dan apa yang di panggil sebagai mutasi dan "sydrome down".Andai LSS cerita kan sebegini pastinya rakan - rakan LSS seperti ajai,syed badli mahupun adik - beradik SAMM akan menyangka yang LSS adalah pakar sains yang menjelma dari seorang penganalisis politik.
Tapi perkara ini bukan satu kisah dongeng sebab kalau tak percaya tanya hishammudin rais a.k.a tukar tiub kerana dia pun pasti akan menyetujuinya.Bukan nya takde bukti yang kukuh kerana tragedi yang sama pernah berlaku pada 26 april 1986.lihat lah apa akibatnya yang berlaku selepas itu.
Chernobyl, 1986 – letupan loji nuklear ke-4
Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.
Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan ‘shutdown emergency’ dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.
Kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku. Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.
Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.
Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah
No comments:
Post a Comment