Assalamu'alaikum,
Petang itu tiba-tiba saja nama Madre ada dalam senarai untuk menghadiri seminar anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka. Ini tak lain dari kerja Dr. Maznah lah ni...haha! (kawan yang dah lama tak jumpa). Dia yang tambah nama Madre dalam senarai yang sebelum itu memang tidak dicalonkan. Terima kasih doc.
|
DR. Maznah -Timbalan Pengarah JPV Melaka yg humble (dgn Madre aje kot) |
Let us all be humble in learning and much more humble in teaching knowledge.
Madre pun memanglah suka, tak kan nak lepaskan peluang macam itu. Sekali-sekala harus refresh balik dengan pengetahuan yang dah lama ditinggalkan.Otak pun kena polish juga kalau dah berkarat.
Lebih utama Madre seronok sangat nak berjumpa kawan-kawan lama, selain dari seronok dapat pergi JPV Melaka yang terletak berhampiran dengan rumah Madre , kira-kira 15 minit sahaja memandu berbanding dengan tempat kerja Madre yang terletak lebih jauh. Bayangkanlah, setiap hari Madre perlu memandu kereta selama sejam untuk perjalanan pergi dan sejam lagi untuk perjalanan balik. Memang stress dibuatnya, tapi nak buat macam mana....
|
Bunga2 cantik ITU |
Dalam seminar itu kebanyakan yang hadir terdiri dari kakitangan baru yang sebaya dengan umur anak-anak Madre . Comel-comel belaka anak zaman ini. Madre rasa macam kurang yakin, isyy.... , boleh ke diorang ni nak buat kerja-kerja teknikal yang agak lasak dan bergelumang najis dan darah haiwan.
|
anak2 teruna dan dara |
Tujuan seminar itu adalah untuk memperkenalkan kepada kakitangan teknikal tentang penyakit sampar ayam yang sememangnya telah menjadi penyakit endemik . JPV Negeri Melaka sedang berusaha mengawal penyakit tersebut dan kearah menjadikan Melaka sebagai zon bebas penyakit sampar.
Mula-mula semua peserta kena duduk dalam Bilik Gerakan untuk dengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zarina and the gang dari Ibu Pejabat, Putrajaya. Semua doktor-doktor muda bergaya, berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing tapi pada pendapat Madre mereka itu masih jauh lagi untuk mencapai tahap sebagai penceramah berkesan.Iyalah...profesional dalam bidang veterinar saja, bukannya guru atau pensyarah. Mereka tunjuk slaid presentation powerpoint , bagus....tapi macam taknak bagi orang baca...laju giler macam kapalterbang concord. Nasib baik Madre ada bawa pendrive, apa lagi.. minta salin aje lah. Nanti balik pejabat boleh cetak dan beri anak-anak buah baca . Kalau tak faham juga, google2lah cari sendiri dalam internet. Gitewww...
Sessi petang pula buat praktikal pemeriksaan fizikal, ambil spesimen (nasal swab and cloaca swab). Kemudian ambil spesimen dari salur darah di kepak dan kaki.
|
posing2 dulu dengan kakitangan ITU |
|
Bunga2 penyeri seksyen Madre (Latihan) |
|
dengan anak buah2an - Hairul |
|
ambil spesimen -nasal swab |
|
ambil spesimen darah dikaki ayam |
|
Dr. Zarina tunjuk kaedah Post Mortem |
|
lapah dulu kulit baru buka cavity |
|
observe satu persatu kalau ada tanda2 haemorrhage |
Tiba pula saat DIY (buat sendiri). Masing-masing perlu praktik ambil spesimen darah sama ada di kaki atau kepak. Jadi dracula sekejap...hisap darah ayam..hihihiiiiiii...mengilailah sikit, macam pontianak pun boleh.
|
kaedah ambil darah di kepak |
|
Yazidi dah dapat darah 1 ml |
|
ambil darah di kepak |
|
Hani jenoh mencari urat darah, tak jumpa2 |
|
beramai2 minta tolong Dr. Zarina demo semula buat post mortem |
|
anak-anak buah Madre sangat tekun
jadi pemerhati |
|
Buat Post mortem, untuk tengok organ dalaman |
|
periksa illio-caecal junction (petechial haemorrhage) |
|
keluarkan usus ayam |
|
ini tangan Dr. Maznah, gemok lah kan? |
|
periksa gizard and proventiculus |
Macam mana pun, Madre sangat berpuas hati dengan Dr. Maznah. Walaupun ada staff JPV cakap macam2 tentang beliau, tapi dia sangat baik dengan Madre dan Madre sangat menghargai beliau.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK PENGANJUR DAN PENGAJAR
No comments:
Post a Comment