Tetapi tak sampai 4 jam beroperasi monorel tersebut sudah mula bermasalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Sehingga jam 5.15 petang tadi sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya.
Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.
Insiden ini sekali lagi mengaibkan rakyat Melaka yang sebelum ini dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang memalukan. Sebagai anak Melaka saya mengharapkan agar monorel Sungai Melaka tidak memasuki senarai koleksi projek gagal, ,membazir dan menghabiskan duit rakyat seperti yang berlaku kepada projek Eye On Malaysia, Litar Go Kart di Ayer Keroh, Projek Pulau Melaka, Perkampungan Artis dan sebagainya.
Tak Membazir ke tandas yang mahal ni?
http://kachipemas.blogspot.com |
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.
Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron, kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.
Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan.
Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan.
"Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka.
"Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit.
"Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu. Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment