Thursday, March 31, 2011

Cinta KasihNya Mengatasi Segala

Assalamu'alaikum,
30 Mac 2011 mencatit sejarah dimana Madre diuji  dengan ujian yang mengancam nyawa. Kereta Perodua Kelisa Madre mengalami pecah  sebiji tayar belakang tetapi dengan pertolongan Allah  semua rakan-rakan penumpang yang bersama Madre cepat menyedarinya. Alhamdulillah, sempat lagi Dia memberi  kami  peluang untuk menjamu selera menikmati rezeki pada pagi itu dengan berselera dan tenang tanpa merasa cemas  walaupun kesemua kami berempat adalah kaum hawa yang lemah semangat. Allah telah mengutus bantuan melalui seorang pekerja bengkel berbangsa cina bernama Angie yang baru dikenali. Beliau mempercayai kami dan sudi menawarkan kami untuk menggunakan keretanya  supaya dapat kembali ke pejabat yang terletak kira-kira 5 Km dari bengkel tersebut.
Cantik! Toyota Vios Angie (pekerja bengkel tayar)

Lebih teruji lagi apabila Madre tertinggal wang sebanyak RM 355.00 didalam kereta Kelisa yang sedang dibaiki tetapi wang tersebut tidak hilang. Sangat2 bersyukur diatas setiap kejadian. 
Angie pinjamkan kereta Viosnya untuk ke pejabat
Madre bertambah insaf dan bertambah yakin bahawa kasih sayang Allah mengatasi segalanya biarpun suami, anak-anak, keluarga, rakan-taulan semuanya adalah insan yang paling hampir dengan kita tetapi mereka tidak sentiasa dapat membantu. Allah lah yang paling dekat dan Maha Pengasih dan Penyayang, sebab itu kita mesti mencintaiNya lebih dari yang lain-lain.

"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya pada-Mu agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa sakit itu untuk aku selalu merindui-Mu, hingga hujung nyawa meninggalkan rasa di hatiku hanya untuk satu cintaBila tidak mampu aku menyintai-Mu, ke mana harusku sembunyikan wajahku bila berjumpa-Mu Ya Robb..."

Mungkin ada yang pernah membacanya. Ya, ke mana ingin kita sembunyikan wajah bila berjumpa Allah jika di dunia ini tidak mampu kita menyintai-Nya.

Cinta? Apa yang kita faham tentang cinta?
Berapa kali kita menepati janji semasa mengadap-Nya 5 x sehari?
Berapa kali kita mengingatinya dalam sehari? Seminggu? Sebulan?
Berapa kali kita memohon doa' kepadanya? Apakah kita tidak berhajat kepada-Nya?
Berapa kali kita memohon ampun ke atas dosa yang kita lakukan setiap hari?
Berapa kali kita bangun malam bersunyian dengan-Nya?
Orang bercinta pasti rindu akan pasangannya.
Orang bercinta pasti selalu ingin bersama pasangannya.

YA ALLAH, JADIKAN AKU SEORANG HAMBA YANG MENCINTAI - MU LEBIH DARI SEGALANYA




2 comments:

Elle Who? said...

Ummi...are you okay??

Madre Amor said...

Alhamdulillah, I'm okay la yank.
tak perlu bimbang, Allah bersama kita sentiasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...