Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Sanggul, Bonggol?

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. 


 Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung.Alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab.  Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

  -Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.
 +Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?  sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!

                1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
                Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.
                Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…

               
Tapi…kenapa sanggul?
Aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki.  Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit.  Takde dolak-dalih.

                Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…


 Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh.
Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat.  Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.
Tak apalah bagi yang tak tahu, tapi yang tahu kenalah beritahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa. Seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya.

 Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab. Firman Allah, mafhumnya ;
“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)


Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...