Wednesday, March 23, 2011

D.I.Y. Simenfero

Angan-angan Madre Amor Untuk ITU

Kesian!!masih  lagi kosong...(kawasan hadapan ITU)
Assalamu'alaikum,

Dalam sejarah selama berkhidmat, Madre rasa tahun 2011 merupakan tahun cabaran paling hebat untuk menangani isu kekurangan wang peruntukan bagi mengendalikan urusan pentadbiran jabatan. Kalau nak dikatakan ekonomi negara sedang meleset teruk tentu ramai orang tidak percaya sebab kita boleh lihat senario kerajaan berbelanja semasa kempen pilihanraya kecil Merlimau baru-baru ini. Kerajaan telah berbelanja amat besar untuk memenangi hati rakyat. Terima kasih banyak2 pada kerajaan BN. Tu ari masa perasmian SLDN di Putrajaya, Menteri Pertanian kata BN ni singkatan bagi "Barang Naik" (katanya orang2 pembangkang yg cakap camtu, wallahua'alam). Kreatif sangat2 diorang tu kan? tapi yang benerrr..dalam kegawatan ekonomi masakini, kalau boleh rakyat memang  nak selalu macam ini, segala kemudahan asas disediakan dan segala janji-janji manis hendaklah ditunaikan. Siapa yang tak gembira kalau macam tu (dapat duit lagi)... setiap kali pilihanraya, tak ubah macam anak-anak nak sambut raya, hehe!! tapi tak kan pulak nak doa'kan biau je selalu2 wakil rakyat meninggal dunia kan3? tak baik tau....

Bila bajet untuk jabatan sangat2 CIPUT dan memang tak akan cukup, Madre  tak dapat nak jalankan kursus yang telah di rancangkan  sepanjang tahun 2011 ini. Mesti berjimat-cermat dengan cara mengurangkan sessi kursus dari bilangan kekerapan 31kali menjadi 13kali sahaja..haha!tak mampu nak bayar kos makanan peserta kursus, utiliti, etc..

Habis tu  setiap hari kami pergi ke pejabat nak buat apa haah? tak kan nak makan gaji buta je..facebooking?, blogging? or bolgwalking? isyyy...tak nak lah gitewww! Nanti dapat gaji Tak Halal. 
Berangan-anganlah sikit apa salahnya...mana tau boleh dapat kelulusan  boss, Madre nak bawa anak-anak buah pergi belajar di Jabatan Pertanian untuk buat lanskap ke atau simenfero untuk jimatkan kos mencantikkan kawasan Institut Teknologi Unggas yang begitu luas. Kalau letak meja-kerusi yang dibuat dari simenfero, kemudian hiaskan dengan air terjun di beberapa lokasi, waahhh...berbaloi2 agaknya. Kalau nak harapkan kontraktor buatkan tentulah melibatkan kos yang tinggi. Apa kata kalau kakitangan buat sendiri (DIY)
Cuma Madre harap2 dapatlah duit sikit untuk beli bahan-bahan dan peralatan. HARAP SANGAT2 NI....."TAK TIPU" huhu..

Cuba tengok kat Jabatan Pertanian ni,
Cantik...kakitang Jabatan Pertanian buat sendiri


tengok tu!siap ada cendawan lagi

Mendengar bunyi air terjun itu sebahagian dari therapi, hilangkan stress



Santai je duduk2 tepi kolam air terjun.
haaaaaa....baguihhh
HAH!!!BELAJAR  LER BUAT SENDIRI BANGKU SIMENFERO TU..


Sebahagian dari peralatan penting yg perlu dibeli

TENGOK TU, BUKAN SUSAH SANGAT!
Wanita  sarat mengandung pun boleh buat, percayalah!




Madre pun boleh buat juga gitewww....Baru nak belajar.
Taknak kalah, Tapi memang sangat berpuas hati kalau boleh buat sendiri
(Madre bersama Hakimi -Siswa UUM dan Muhammad -Pegawai Penjara)

Motif gambar?
Tempat belajar simenfero tu bersebelahan dengan kem tentera,
MIGRAIN  I  dibuatnya dengan bunyi bising pesawat helicopter
tu jer...
                                    


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...