Thursday, March 31, 2011

Pesanan buat Muslimah




sumber
Wahai Muslimah seagamaku,
- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kamu keluar bersama walaupun dia seorang yang nampak alim (alimkah lelaki yang mengajak wanita keluar berdua-duaan).

- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kamu keluar bersama walaupun dia tunang kamu. (Bertunang bukan tiket untuk kamu keluar berdua-duaan)

- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kamu belajar bersama-samanya. (Berapa lama dia akan dapat bertahan dengan kamu apabila berdua-duaan)

- Waspadalah apabila ada lelaki menjemput kamu berseorangan walaupun berkereta ke tempat meeting, daurah, liqo', mukhayyam dan sebagainya. Saya amat berharap virus ini tidak menyerang para duat, jika tidak, apalagi yang ingin diharapkan dari golongan ini.(walaupun pernah dengar kisah ini)

- Waspadalah dengan MANA-MANA LELAKI kerana mereka mempunyai nafsu. Anda juga mempunyai nafsu. Mungkin sekarang anda kata tidak mahu, namun bila berdepan dengannya, anda pasti tewas dengan pujuk rayu iblis yang berpengalaman menggoda ummat manusia. Berapa ramai yang mempunyai prinsip tetapi tewas dengan godaan iblis.

Jika benar lelaki itu ikhlas ingin memilikimu, pasti dia akan berani bertemu keluargamu untuk melamarmu. Ingatlah, syaitan pasti tidak akan sunyi dari idea kreatifnya untuk memerangkap kamu agar berzina.
Jika benar lelaki itu mencintaimu, pasti dia tidak akan menyentuhmu sehingga kamu menjadi yang halal untuknya.

Bagaimana mungkin perhubungan yang dimulai dengan melakukan larangan Allah ini akan mendapat redha Allah? Anda berdoa kepada Allah untuk semoga dia menjadi pasangan anda tetapi dalam pada masa yang sama anda melanggar perintah Allah? Jika anda berjaya berkahwin dengannya (walaupun melakukan dosa dengan pasangan anda sebelum itu), apakah mungkin perkahwinan anda akan dirahmati dan bahagia? Jika anda bahagia, selama mana bahagia itu akan kekal? Apakah nasib anak keturunan anda? Adakah akan mengulangi kisah hidup anda atau lebih teruk dari anda?Ringan-ringan-bakal-lahirkan-keluarga-a-zuriat-zina. Barangkali ini boleh membantu anda menjawab persoalan itu. 

Kepada muslimah, jagalah diri anda dari disentuh oleh mana-mana lelaki. Ingatlah, jika anda membiarkan diri anda disentuh oleh lelaki, anda akan dipandang rendah termasuk oleh lelaki yang menyentuh anda itu walaupun anda hanya membenarkan lelaki itu seorang menyentuh anda. Apalagi jika melakukan lebih dari itu (baca : BERZINA). Bahkan dia beranggapan akan juga pasti melakukan zina dengan lelaki lain juga walaupun anda tidak melakukannya. Konon anda menyerah diri anda kerana cinta, konon anda memberi keizinan pegang tangan tanda sayang, hakikatnya anggapan lelaki adalah berlainan. Kadang-kadang kesian kepada Muslimah yang begitu perasan bila dipuji.


Mudahnya mengambil hati dan membeli jiwa mereka.

Jangan mudah menyerah, jangan mudah menyerahkan kepercayaan anda kepadanya. Berhati-hatilah dengan lelaki, jangan ambil mudah perihal nafsu mereka.  Saya berdoa moga kita semua terhindar dari terpedaya dengan pujuk rayu iblis. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...