Thursday, March 3, 2011

Memberi Walaupun Sedikit

(Klik sini)Posted on Wednesday, March 02 @ 17:01:20 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

RencahOleh: batuaked

"Ini adalah sebuah kisah benar.  Kisah benarseorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

Ada duit? Minta ayah sedikit.."                                 

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat  seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik  kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,  isteri  dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak  banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak  ada  duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar  ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan  ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan  pulang  ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa  yang  bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli  hati  mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke  kampung,  saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan  selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk  diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya  yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk  diberikan  kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum  apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam  memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi  sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan  setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya  tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik  perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau  disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan  semakin  membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampong dengan bas, tetapi selepas  beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat  komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami  sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,  ada  sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi  keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun  perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,  hakikatnya  ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak  ingin  saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

Selanjutnya di:
"
 

Madre pun pernah melalui pengalaman yang hampir serupa dengan cerita di atas tapi dengan nenek Madre yang telah kembali ke rahmatullah.
Beliau selalu berkata "rezeki hamba atas hamba", maksudnya kalau kita suka memberi, rezeki kita akan bertambah tanpa disangka-sangka.
Alyadul 'ulya khairun minal yadis sufla" (tangan yang di atas/memberi lebih baik dari tangan yang di bawah/menerima)

Suka jadi macam itik, seluas dan sedalam mana pun kolam, air tetap di paras dadanya..Tak pernah pun LEMAS



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...