Fatwa Qardhawi dalam halal dan haram:
Perusahaan menerbit filem dan kerjaya berlakon adalah halal dan kadang-kadang berubah menjadi sunat demi perkembangan dunia penyiaran pada hari ini.
Penerbitan dan dunia lakonan yang harus hendaklah memenuhi beberapa syarat, antaranya:
1. Filem dan lakonan tu mestilah bersih daripada pengaruh kegila-gilaan, fasik, atau yang menjejaskan aqeedah dan akhlaq serta syari’at Islam; apa jua filem dan lakonan yang mengajak masyarakat kepada dosa dan maksiat atau menjurus kepada kriminal atau keganasan dan kebatilan adalah haram.
2. Lakonan dan perfileman itu tidak boleh berlaku percampuran bebas keterlaluan dan persentuhan antara lelaki dan wanita serta pendedahan aurat wanita dan lelaki, ini untuk menjaga fitnah dan syuhbah.
3. Ia bertujuan kepentingan kesedaran kepada masyarakat (ada unsur pengajaran, iktibar dan keagamaan).
Jika ia memenuhi syarat-syarat minima itu, maka ia adalah harus dan halal.
Isu berlakon Pondan…matlamat tidak menghalalkan cara.
Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.
“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah. Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.”
Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampil’kan kisah homoseksual dengan pelakon utama’nya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.
Drama yang bakal di’tayang menerusi slot Astro Ria, menampil’kan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalin’kan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.
Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampil’kan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbul’kan kontroversi kerana di’dakwa menampilkan adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utama’nya itu.
Rosyam Nor dan Fauziah Nawi di Belasah Ustaz Zawawi
Apabila Rosyam Noor ‘dibelasah’ Ustaz zawawi….
Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel…termasuk fauziah nawi & nazrey raihan…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan.
Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua…rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak,
fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya… Then, ustaz zawawi balas balik…niat tidak menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler…walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin… maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
Banyak cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak… di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah. kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat…jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu… ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb…. Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler… kemudian, Keluarga Rosyam Noor Fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah…sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan…lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon… maka jawab ustaz zawawi…beliau masih boleh berlakon…spt mane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu… Sebut ustaz zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha.. Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal… Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram…kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya… Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari..bukannya had-hari…hanya islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..???? Mencari yang halal itu fardhu…… jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas…Allah berfirman ..”berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan”.. … PS —> info tambahan dr kawan aku yg tgk program tu, Ustad Zawawi ada kata “Waktu saya blaja kt Mesir dulu, tuan guru saya ada sebut .. duit orang yg berlakon tu, TAK SAH dia buat utk mengerjakan Haji .. “ Maka terdiamlah si Rosyam & Fauziah .. wallahua’alam ..
sedutan dari notbalance.21.forum
(sumber)