بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum,
Allahu Akbar, Allahu Akbar.........Azan Zohor berkumandang sebaik saja Madre tiba di perkarangan rumah kediaman anak-anak pelajar Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Walaupun terdapat Masjid Universiti Malaya berhampiran tetapi hari itu Madre dan suami tergerak hati untuk bersolat jama' Zohor dan 'Asar di surau Al Ghazali terletak nun di atas bukit yang agak tinggi juga. Mak aii!!! termengah-mengah Madre mendaki anak tangga yang curam bangat itu. Patutlah anak Madre kata ada kawannya pernah jatuh tergelincir. Berhati-hatilah wahai semua anak-anak!
Tangga itu memanglah tinggi; Madre tidak menafikannya tetapi ia tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak solat secara berjamaah di surau. Rasulullah sallallahu'alaihi wasalam mendaki untuk ke Gua Hira' itu lebih tinggi lagi kan?
Madre teringat semasa muda-muda dulu, surau kolej kediaman Madre pun bertangga-tangga juga dan asrama lima tingkat itu pun tidak disediakan lif; tetapi surau tersebut sentiasa ada pelajar solat tidak kira waktu apa pun, malah ada juga yang mengimarahkan surau sebagai tempat ulangkaji pelajaran sehingga larut malam seterusnya berqiamullail.
Sebelum masuk waktu subuh pula setiap pagi kedengaran suara siswa mengalunkan suara yang lemak merdu.Ya Arhamar rahimin irhamna....Ya Arhamar rahimin irhamna.....Bacaan tarhim berkumandang di udara bersahut-sahutan dari setiap kolej kediaman. Ia dituruti pula dengan alunan azan oleh para siswa yang terdidik dan sejuk mata memandang (mudah-mudahan mereka telah berjaya dunia & akhirat).
Madre dapat tahu salah seorang dari siswa tersebut telah pun menjadi YB yang tawadhu' di Trengganu dan ada anak sedang belajar di IPBA (sekuntum bunga mekar ) Siapakah? jeng!jeng!jeng! Madre tak nak TERJAH. tapi madre percaya kalau dia tu anak lelaki tentu mewarisi sifat ayahnya menjadi muazzin atau imam.
Nostalgia!!! rindu sangat-sangat suasana harmoni giteww...
Madre tak tahu adakah surau Al Ghazali yang sederhana itu dihidupkan setiap waktu atau tidak oleh kakitangan dan mahasiswa/i tetapi apa yang Madre nampak hari itu (maaf cakap) macam tinggal separuh nyawa sahaja atau lebih tepat orang kata:
" KURANG BERJIWA "
Mengapa agaknya ya??
Mungkinkah disebabkan pelajar-pelajar masih bercuti ataukah mungkin salah tangga IPBA terlalu tinggi??
3 comments:
hehehe! saye suke post nih!! dak2 ipba bace neh mesti terbakau hangusss...hoho
tak kan lah giteww! sebab ummi sayang semua tu lah komen sikit!!wink2
hehe..ummi dtg la ipba lg. nk jumpa .......
Post a Comment