Saturday, January 8, 2011

AYAM TOGEL? JANGANLAH GITEWW...

Bila membaca entri seorang anak kesayangan tentang isu rasuah klik  http://igossiprizal.blogspot.com/2011/01/puisi-rasuah-3-tahil-emas.html, Madre terpanggil untuk mencoretkan pengalaman berkaitan peranan yang dimainkan oleh Penjawat Awam. Madre dalam jabatan bukanlah orang kanan atau pembuat keputusan tetapi sekali-sekala ada juga diminta untuk mewakili boss menghadiri mesyuarat tentang projek-projek  pembangunan yang melibatkan tender bernilai jutaan. Madre tau memang rasuah  berlaku secara tidak terang-terangan terutama bila Kontraktor Utama telah dilantik oleh pihak atasan.Ia tidak mudah untuk dikesan kerana terlindung disebalik istilah / perkataan.

Untuk menyiapkan satu-satu projek pembinaan, Kontraktor Utama (Main Con.) perlu berurusan dengan banyak pihak seperti  Pegawai Projek, Arkitek, Konsultan ( Jurutera Awam, Elektrik & Mekanikal)  dan beberapa sub-kontraktor (selalunya ada kaitan dengan orang politik). Semua pihak yang terlibat perlu diselaraskan kerja masing-masing mengikut keperluan mana dulu dan kemudian. Orang kata "Cakap tak serupa bikin".Bukan mudah nak berurusan dengan ramai manusia yang ada berbagai matlamat dan tujuan. 

Kalau projek yang  dianggarkan menelan belanja RM20J ia boleh meningkat ke angka RM40J dan tidak mudah disiapkan mengikut spesifikasi dalam masa yang ditetapkan .
Salah satu sebabnya ialah ada kos-kos sampingan/tambahan yang perlu ditanggung oleh Kontraktor seperti menaja perbelanjaan tertentu yang diminta oleh mana-mana pihak berkuasa dalam pelaksanaan projek tersebut. Bila bajet lari dari apa yang dianggarkan, kontraktor terpaksa berjimat-cermat menggunakan bahan-bahan pembinaan, tak bayar gaji pekerja atau terus menghilangkan diri. Selalunya akan berlakulah "projek sakit" pembinaan terbengkalai atau siap dalam keadaan banyak kecacatan seperti siling bocor, dinding retak,pendawaian elektrik tidak sempurna dan boleh mengancam nyawa pengguna terakhir yang menerima projek tersebut. 
Akhirnya, siapakah yang menjadi mangsa? 

Madre nak ambil  satu contoh yang berlaku di depan mata Madre. Reban ayam berteknologi tinggi disiapkan selepas tertangguh bertahun-tahun (Projek RMK 8 dibawa ke RMK 9). Kosnya telah meningkat berlipatkali ganda.Pelan asal bangunan hanya siap atas kertas sahaja. Reban ayam disiapkan dalam keadaan penuh  kecacatan.Peruntukan tidak cukup untuk membina tempat penyembelihan dan pemprosesan.
Bila bangunan reban diserahkan, ayam bolehlah dipelihara tetapi macam mana nak buat pemprosesan?
Tunggu.......

Apa kata Madre cadangkan kita buat  penyelidikan untuk pelihara Ayam Togel (Dr. Farrah tentu setuju kan?). Tak payah lah susah-susah nak buang bulu giteww.....

Ayam togel tak ada bulu!!
Nasiblah kau......                       
                           KESEJUKAN


,

4 comments:

trialtodelete said...

gitueww la Ummi..syg uMmmi sesangat...thanks promote anakanda punya blog hehe...ayam togel? xnk lah x banyak isi..ehhe

Madre Amor said...

Ijai, ummi dpt banyak info menarik dlm blog anak2, cuma ummi nk ingatkan jgn leka sangat "blogging" giteww sampai tak ingat pelajaran.

Aldin_HPA said...

jejaka dan gadis pun biasanya tidur dalam kesejukkan.. tak giteww rizal??

Madre Amor said...

Aldin, cehh...sape suruh awk ngadap leptop sampai tertidur atas lantai tu??haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...