Sunday, January 23, 2011

Kemaruk Kebaya Riau

"hamboi...sukenyer dier!"
Assalamu'alaikum,

Dalam sehari dua ini Madre Amor  terasa bahang kesibukan yang terlampau sebab tempoh percutian selama enam bulan hampir tamat. Bertambahlah lagi sibuknya bila dah mula bekerja semula nanti  mengalahkan PM menghadapi pilihanraya di Tenang, Segamat tu...hahaha (sampai tak sempat nak ziarah kematian)
Madre mungkin tak  sempat nak update blog sekerap ini, tapi Madre berazam untuk terus menambah ilmu dengan cara "blogwalking" dan berusaha untuk menjadi seperti lembah yang sentiasa menakong air. InsyaAllah, sampai bila-bila pun Madre bersedia untuk menerima ilmu pengetahuan berguna tak kira lah dari sesiapa pun termasuk dari mereka yang bergelar anak. Cuma Madre harap sangat-sangat agar semua mereka yang terlibat  dalam menerima kunjungan ziarah tanpa salam Madre itu dapat menghalalkan ilmu mereka yang Madre timba  untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

                    Sarang tempua di tepi pagar,
                      Pasar Tamu di Sandakan
                    Madre orang tua tak jemu belajar,
                      Segala ilmu  minta dihalalkan 

Baiklah, hari ini Madre nak cerita sedikit mengenai baju Kebaya Riau yang sangat diidam-idamkan oleh anak dara Madre yang sedang belajar di KL. Mungkin juga terpengaruh dengan kecantikan Ana Rafali yang comel menggayakan baju kebaya bila buat persembahan agaknya.
google2...  jumpa gambar Kebaya Pahang-Riau
Madre bukan nak comment apa tentang fesyen baju kebaya yang sememangnya sangat menampakkan susuk tubuh sipemakai terutama bagi wanita  yang seksi- meksi. Nak buat macam mana lagi kan? sebab wanita dan fesyen tak dapat dipisahkan. Ia  sentiasa berubah-ubah mengikut trend semasa, cuma kalau diubahsuai sedikit-sedikit jadilah  macam  fesyen baju Kebaya Riau yang  kelihatan agak lebih sopan (itu pun kalau tak terlalu ketat)

Kebaya Riau, cantik !! Madre yg dah tua pun rasa teringin nak pakai
Berbalik cerita pasal anak dara Madre yang kemaruk nak pakai baju Kebaya Riau itu, sepanjang percutiannya sibuk betul ajak neneknya lah, Cik Dodinya lah dan akhirnya dengan Madre pergi meninjau sana-sini mencari ke merata-rata kedai pakaian... dari bandar Melaka sampai ke Pekan Masjid Tanah. Tapi, di negeri Melaka ini tau-tau sajalah, bukan macam kat KL. Puaslah sudah Madre menjelajah bersamanya tapi yang ada hanya kebaya pendek /kebaya nyonya dan kebaya untuk pengantin yang mengerlip-ngerlip ...haha! 
kebaya pendek ini  sangat menonjolkan keseksian, siap berlubang2 lagi  ewww..
Akhirnya,sehari sebelum kembali menyambung pengajian tergeraklah hati nak masuk TESCO yang baru dibuka di Cheng, Melaka. Wahh..nampaknya ada sebuah butik pakaian betul-betul depan pintu masuk, apa lagi...dah memang nak jadi rezeki agaknya dapatlah capai sehelai Kebaya Riau idamannya itu..jeng, jeng, jeng..
  
Sempat juga dia hayak nenek kesayannya masuk Butik Noni's tu...

3 comments:

Elle Who? said...

Heheheheh!! alaaa ummi...kadang kadang kite teringin jugak nak membirah pakai kebaya....Kalu pakai kebaya pendek t kene kutowk ngun nenek jaat! lgpon tgok kebaya riau tu santek...sukew3!! thanks mak eaaaa belikan.....lebiuuuu...kih9 xD

Madre Amor said...

membirah?? awwwwww......, takowttt makkkk!!!hahaha

hot glem said...

eyakyra

salam, memeng santek baju kebaya riau pahang... saya yang generasi muda nie baru tahu fasyen bju zaman dahulu.. sye teruja melihat kecantikan yang ad pada bju tersebut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...