Wednesday, January 5, 2011

Terima Kasih Ku Kepada Boss ITU

Assalamu'alaikum,

Dua tiga kucing berlari,Panjang umur berjumpa lagi.

Madre sangat menghargai dua keping nota catatan seorang ketua ITU. Kalau sebelumnya Madre dan rakan-rakan selalu rasa tertekan; sebab bila buat kerja macam mana baik pun tak pernah dapat penghargaan. Semua tak betul, serba tak kena setiap hari. Sampaikan tak boleh nak tengok mukanya malah dengar suara dalam telefon pun boleh tertekan perasaan.Pada masa itu timbul rasa menyesal kenapa Madre tak teruskan belajar sampai ke tahap tertinggi supaya dapat jadi bos yang  bertimbangrasa kepada orang bawahan.Sebenarnya bila  jadi ketua yang tiada diplomasi (terlalu keras) dan sentiasa mencari kesalahan orang lain, marah sana - marah sini, keluarkan perkataan yang kasar-kesat bla, bla,bla...  fuhhhh! Madre rasa lebih banyak buruk berbanding  kebaikan yang terhasil ( kurang produktif ).Apa salahnya cakap baik-baik dan tegur secara berhemah. Tidak rugi apapun kalau sekali-sekala  ketua menghargai pendapat orang bawahan dan rendahkan sedikit rasa egois. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya".

BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERSYUKUR!

Bila kita bersyukur, getaran frekuensi dalam diri akan meningkat dan akan terpancarlah aura  keceriaan dengan senyuman.

Masa untuk berubah. Bila ingin berubah bererti kita telah menang. Madre sebenarnya dah lama memaafkan kesalahan bos itu dan Madre pun dah berkali-kali ucap terima kasih sebab bertambah matang  melalui pengalaman pahit bersama. Madre pun mohon maaf juga sebab pernah marah dan melawan cakap bos. Mana boleh berdiam diri kalau kita yakin tidak bersalah..TAK NAK LAH DAYUS GITEWW!

"MARAH BIAR BERTEMPAT 

             DAN

"BILA BERSALAH SEGERALAH BERTAUBAT" 

Setiap tarikan dan hembusan nafas...
Tak lebih dari sebuah pertanda...
Bahawa usia kita di dunia telah berkurang.
Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini
Karenanya...

Setiap penggalan bahkan setiap bahagian terkecil usia
adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya.
Akan terjadi sebuah kehidupan yang abadi,
Abadi dalam kenikmatan
Atau abadi dalam azab yang penuh pedih-perih.
Ogy FA

Salihuddin Mohamed Memberi ucapan yang baik, benar dan lemah lembut bukan hanya kepada orang yang kita sayangi dan suka sahaja tetapi kepada semua orang .Tujuan supaya dengan rahmat ALLAH seseorang yang mendengar ucapan tersebut akan mengingati ALLAH sebagaimana firman ALLAH SWT kepada Nabi Musa dan Harun as ketika diperintahkan berjumpa Firaun:”Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fira’un) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat dan takut.”[Taha:44]

Setiap ucapan atau perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memberi kesan kepada diri kita sendiri. Jika kita sentiasa menjaga percakapan dengan perkataan yang baik maka kita disukai ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT :”Wahai orang-orang beriman, bertqwalah kamu kepada ALLAH, dan ucapkanlah kata-kata yang benar (baik)”[Al-Ahzab:70].

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...