Sunday, January 16, 2011

PEROSAK OTAK

Assalamu'alaikum,

Madre Amor amat tertarik hati pada tulisan Ustaz Amal Rahman berkaitan dengan tabiat  kebanyakan anak-anak zaman ini termasuk anak-anak Madre di rumah terutama sekali di hujung minggu. Letih dan rasa sangat tertekan perasaan bila kejutkan mereka payah nak bangun. Puncanya adalah sebab berjaga sampai larut malam atau hingga ke pagi semata-mata untuk melayari internet / "blogging" (bukannya menghidupkan malam (Qiamullail) atau ulangkaji pelajaran).

Bila dah payah nak bangun pagi bermakna "Subuh Gajah" lah jawabnya...dahlah tu sambung lagi tidur ketika sedang naik matahari (satu lagi amalan buruk yang boleh mewarisi kepapaan).

Harapan Madre dengan perkongsian pengetahuan 'am oleh Ustaz Amal ini akan berubahlah hendaknya tabiat buruk itu jika anak-anak Madre membacanya.
Insya Allah, aamiin. 
 
 10 TABIAT yang boleh merosakkan OTAK   oleh:Ust. Amal Rahman
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

4 comments:

Elle Who? said...

aww ummi! kite da terasa da ney...huhu..btw thanks 4 reminding mak.. :)

Madre Amor said...

siapa makan lada dialah yg terasa pedas kan? hehe

trialtodelete said...

nasib baik ijai slalu mkn pagi...ehhe

Madre Amor said...

Ahhaa, ada org tu kan....lebih utamakan tidur dari bersarapan pagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...