Assalamu'alaikum,
Bila tengok video tentang maggot ini Madre teringat masa mula-mula bekerja di ladang lembu Institut Haiwan Kluang, Johor kira-kira 20 tahun dulu. Masa tu Madre ditugaskan membantu Dr. Borhan merawat lembu-lembu tenusu yang luka akibat tersangkut pagar duri semasa meragut rumput.Luka tersebut menjadi tempat bertelur sejenis lalat Chrysomya bezziana . Madre sangat ingat dengan nama saintifik lalat tersebut kerana pada masa itu nama Ziana Zain memang sangat popular jadi senang buat macam peta minda pula. Selepas melakukan kerja-kerja rawatan luka berulat tersebut Madre tak lalu nak makan nasi hampir seminggu sebab terbayang-bayangkan ulat maggot yang terpaksa dikeluarkan dari luka tersebut.Fuhhh..ulat-ulat tersebut kelihatan betul-betul macam nasi beras wangi dengan bau hanyir luka dan ulat mengemut-ngemut giteww sangat memualkan tekak, wekkk!.Pasal tu lah Madre tak layak jadi pegawai veterinar kan? Tapi Madre sangat-sangat "respect" kat Dr. Borhan tu sebab Madre lihat dia dengan selamba saja melakukan rawatan mengeluarkan ulat-ulat maggot dengan tangannya tanpa menggunakan "glove". Kalau biasanya orang menggunakan forsep untuk tarik keluarkan ulat-ulat tersebut tapi Dr. Borhan hanya menggunakan jarinya sahaja. Patut lah pun, nak jadi doktor mana boleh rasa geli ke atau takut dengan benda-benda macam itu.
*pinjam gambar Lyana (IVMKluang)
No comments:
Post a Comment