Assalamu'alaikum,
Hari ini Madre Amor hendak mengongsi entri yang agak menarik juga dari seorang pelajar tentang isu panas (dulu,kini dan selamanya).
Kalau diminta pandangan, Madre sangat tidak menyokong pelajar couple ke kahwin ke semasa sedang belajar lagi. Lebih baik tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran lebih-lebih lagi dalam usia yang masih mentah......gitewww. Bukankah lebih baik kalau kita ambil iktibar dari pengalaman orang lain daripada kita mengambil risiko, menyusahkan diri sendiri?? Betul ni.....
Bila ber 'couple' mulalah timbul perasaan cemburu mengalahkan laki/bini sendiri....sibuk nak ambil tau serba-serbi " ayang gi mana, ayang chating gan sape......" sampai nak berkawan dengan orang lain pun rasa tak bebas ( nak jaga hati sidia, konon ). Ada setengah tu pula sampai sanggup jadi stalker dalam Fb.... sibuk mengikuti pergerakan si Dia, bla,bla,bla..eeeee!! Madre sangat-sangat tak setuju. Alah! Madre pun pernah muda juga..Memang Fitrah kejadian ciptaan Allah perasaan suka dan sayang terhadap berlainan gender tu Normal laaa..., kalau suka sesama gender tu lagi bahaya, aww..awww!!! Cukuplah tu, tak payah Madre berleter panjang lebar pula kan?
Jom!! mari kita lihat siapa yang kena....
"Let's Get Married"
gundah gulana. rileks.tak keruan. terkawal. terbabas.
kemungkinan, itu persepsi yang berlegar-legar di benak penonton yang datang.
saya fikir tajuknya sudah berupaya menggerakkan langkah kaki menapak ke Main Audi KOM kerana geist ayat karamat "Marriage".
al-fadhil ustaz Mohamad Ridhauddin membuka mata hatiku,
mencerahkan minda intelekku,
mencemar kedaulatan cinta manusiawi dalam diri.
serangan halus fitrah mahu berpasangan sudah bertapak di sanubari masing-masing.
jika bukan sepenuh hati, sepertiga suku hati pun tobat ada. betul? =)
semua inginkan penjelasan apakah itu kahwin? rumahtangga? couple?
nikah semasa belajar?
nah, penjelasan tidak langsung dari ustaz terus bermula dengan persoalan UTAMA.
eh, kamu nak kahwin SEBAB APA?
1- sebab nak melahirkan zuriat.
2- sebab nak menjaga hati.
semuanya betul, ikut skema jawapan pelangi, sasbadi, fajar bakti =p
terkesan kata2 beliau:
"perjanjian saya dengan isteri sebelum kahwin bahawa dia adalah isteri kedua"
"oh, kalo begitu awak juga suami kedua saya"
"isteri pertama saya adalah ISLAM"
"suami pertama isteri saya adalah ISLAM"
...cantik bukan? tak perlu berebut siapa yang patut pertama..
Matlamat sesebuah perkahwinan perlu jelas.
baru jelas destinasi.
jika mahu berkahwin kerana itu dan ini, maka itu dan ini sahaja yang anda akan dapat.
not more not less.
Maka,
letakkan destinasi paling akhir yang terakhir
iaitu Syurga Firdausi. pengakhiran yang abadi..bukan sekadar ke akhir hayat.
kita mati, dia cari pengganti,
kita mati,bertemu bidateruna (oops,entah dapat entah tidak) ^o^
serius...
anjakan itu, membikin satu filem baru dalam siaran kehidupan:
jiwaku yang serba bergelora
dilanda ribut kerisauan ini
terus tenang berlabuh di dermaga
disimbahi matlamat bersinar terang.
yes! i've found my answer.
ALHAMDULILLAH...
jangan gelojoh mencari jodoh,
ia datang tanpa disangka, datang tak mampu ditepis..
dengarilah,
dia tercipta di luar sana untuk kita... dia itu refleksi diri kita..
jika baik diri kita, maka baiklah dia, tercetuslah generasi yang baik2...
jika buruk diri kita, maka buruklah dia, disambung pula dengan generasi yang buruk2..
pilihan di tangan anda =)
memetik bingkisan hadiah istimewa dari ALLAH pemilik segala kebaikan:
an-nahl ; 97 :
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
ALLAH telah letakkan satu jalan yang paling indah,
Nun kaf alif ha
en-ai-kay-ei-hesh-
_ _ _ _ _= NIKAH
kemanisan jelas terasa bila mana saatnya berkomunikasi yang halal,
bercanda gurau secara barakah,
menjaga hati pasangan diganjari pahala,
berpegangan tangan menyimpul kasih tanpa rasa bersalah..
ish, tataw la nak bayang macam mana.em........
Nikmat oh nikmat (^_^)
Thats what i'm looking for. *sparkling eyes*
wahai diri yang gundah,
jika pilihan terlalu banyak, (maklumlah...ramai yang mengetuk tingkap)
Solat Istikharah, mohon petunjukNYA itu yang terbaik.
mimpi bukan syarat, mungkin pertemuan satu tanda, kebetulan itu menguatkan..
Jika sudah memilih, maka kuatkanlah dengan
Solat Hajat
ikhlaslah memohon kesungguhan hati kita. insyaALLAH,
"menanti sebuah jawaban" terungkai sudah...
Marriage is meeting the right person, at the right time, with the right Intention =)
"ALLAHUMMA AJIRNI FI MUSIBATI WA AKHLIF LI KHAIRAN MINHA"
" YA ALLAH, ganjarilah aku dengan musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya"
...harapnya dengan berkat ALLAH dalam doa ini,semoga kerisauan itu terhakis dari kotak hati...
Bagi yang sedang berpasangan,
tanya diri anda dulu,
saya maksudkan bukan diri anda yang luaran
di mana anda dan dia sedang menguntum senyuman bahagia,
TAPI....
tolong tanya jiwa yang bersarang di sana..
adakah tenang tatkala menghamburkan kerinduan
pada yang bukan milikmu, bukan yang sah lagi halal?
Am i happy enough??
is that what i've been looking for?
BELUM TERLEWAT..
ALLAH itu Maha Cantik, sudah aturkan apa yang cantik untukmu.
Usah hilangkan nikmat itu.
"lecturer yang paling best adalah lecturer yang paling boring atas dunia"
cuba bayangkan selepas 2 jam menanggung "seksa" menadah telinga, mencelikkan biji mata, lepas tu...
"okay, that's all our lecture for today"
perasaan lega terang-terangan disertai sengih yang puas hati.
"Allah....leganya....." hehe
sekadar cadangan:
Alternatif untuk tidak mengecewakan kita dalam bertindak selepas ini,
...teori tanpa praktis ibarat melukis dalam air sungai..
-jaminan kepada yang mencuba-
Pisahkan diri darinya,
ambil masa menghitung detik yang sesuai, persiapkan diri.
Nah...Jika dia terjumpa yang lain, BERSYUKURLAH, dia tak setia.
TAHNIAH buat anda, teruskan jalan lain yang lebih baik malahan yang terbaik.
yakin dengan tindakan nekad anda.
"Pahlawan CINTA Agung yang hebat!"
tatkala janji ditepati, masa yang sesuai sudah termaktub dalam kad undangan nikah,
catatan di Lauh Mahfuz mula mengibarkan bendera kemenangan cinta,
BERSYUKURLAH, anda dan dia adalah insan yang setia.
~salam juang buat Pahlawan dan Serikandi Pemburu Cinta AGUNG~