Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memunkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Pertengkaran kecil seperti rasa cemburu, kadang kala boleh mewarnai hubungan antara pasangan. Bagaikan api, semasa kecil ia boleh menjadi kawan tetapi apabila terus dibiarkan berlarutan ia sudah tentunya dapat memudaratkan hubungan mesra. Jika tidak dikawal atau tiada yang mahu mengalah, ego dan keangkuhan salah seorang akan menguasai hala tuju pertengkaran dan memberi impak emosi negatif kepada kedua-dua pasangan.
Kalau salah sedikit Lekas-lekas diselesaikan Perkara kecil-kecil Jangan suka dibesarkan..... |
No comments:
Post a Comment