Sunday, May 8, 2011

Setiap Hari Pun Untuk Kasihkan Ibu

(Sila baca juga)
, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Sambutan hari ibu pernah menimbulkan isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.


Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang aku temui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, aku ada jumpa artikel dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :


Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:


1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills. 

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.


* Setiap hari itulah hari untuk IBU :) ... Selamat hari Ibu untuk Mak, mak mertua, mak2 yg lain lagi ... Jasa kaum IBU sampai ke syurga... INSYAALLAH

(sumber)

2 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

ummi.. selamat hari ibu! :)

Madre Amor said...

Terima kasih, cayang..Nama glamour giteww.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...