Tuesday, May 10, 2011

Selepas Osama siapa pula.....

Reuters melaporkan doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya.

Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video.

al qaeda ayman al zawahiri pc on obama 200409Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih...Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...