Saturday, May 14, 2011

Macam pelik je buah ini

Buah Hawa / Buah Zuriat
Buah hawa atau buah zuriat. adalah buah dari Tanah Suci Mekah yang dihadiahkan 

kepada mereka yang inginkan zuriat. Caranya ialah dengan merebus buah ini
dan diminum airnya. .





 Buah Markisa/ Buah Susu

Menurut maklumat di Wikipedia, Pokok Markisa juga dikenali sebagai 
buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan
cahaya matahari. Buah agak sedikit masam dan manis boleh dimakan
begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika
dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan 
Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan.
Dua jenis yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit
warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa
berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Di Malaysia, markisa dari jenis kuning mula menghasilkan buah dalam 
jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat
pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas
pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran 
kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. 
Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap
apabila ranum.Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,
perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain 
mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan 
sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan
 riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirapkek
roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan 
ternakan. (Sumber : Wikipedia)

Gambar sebelum dibelah dua


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...