Subhanallah! babi berkepala manusia...wekkkk |
Bagi pengguna Muslim babi adalah bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya.
Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya.
Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :
Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.
Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi.
Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun .
Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta � 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar.
Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.
Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).
Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.
Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.
Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.
Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu.
Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.
.
Cerita benar.......Semasa di wad doktor bukan Islam jumpa abah, tanya samada abah hendak disuntik dengan hormon babi atau tidak. Kata doktor hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung, ia dapat mencairkan darah dengan cepat. Abah kata dia tak nak disuntik dengan hormon babi, biarlah dia mati dari disuntik dengan hormon babi kata abah pada doktor tadi.
Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. Abah kata itu biarkanlah dia.
Kepada JAKIM, TV3, Utusan Malaysia yang takut sangat dengan serangan Kristian sekarang ini, apa cerita ni hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit Islam? Jawatankuasa Fatwa pula macamana, apa hukum suntik hormon babi ni?
Yang saya puji ialah doktor bukan Islam di Hospital Tampin, dia amat berterus terang kepada pesakit Islam dan memberi pilihan kepada pesakit.
Info Selanjutnya:
Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, penggunaan kedua-dua jenis ubat itu ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam.
http://waghih.blogspot.com
Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. Abah kata itu biarkanlah dia.
Kepada JAKIM, TV3, Utusan Malaysia yang takut sangat dengan serangan Kristian sekarang ini, apa cerita ni hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit Islam? Jawatankuasa Fatwa pula macamana, apa hukum suntik hormon babi ni?
Yang saya puji ialah doktor bukan Islam di Hospital Tampin, dia amat berterus terang kepada pesakit Islam dan memberi pilihan kepada pesakit.
Info Selanjutnya:
Haram guna hormon khinzir untuk pesakit jantung, JAKIM |
Utusan Malaysia 14 Mei 2011
PUTRAJAYA 13 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang mengandungi hormon babi untuk pesakit jantung adalah haram.
Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, penggunaan kedua-dua jenis ubat itu ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam.
''Penggunaan ubat tersebut yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada pada tahap kronik adalah ditegah.
''Ini kerana pada masa ini terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Othman mengulas tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan forum pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, sama ada sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.
Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.
Bagaimanapun, bapa pengadu memilih untuk tidak menerima saranan doktor tersebut walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk rawatan sakit jantung.
Jelas Othman, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine.
Anggota majlis, katanya, memutuskan Islam menegah penggunaan ubat daripada sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit.
Melainkan ia dalam keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui.
''Dalam hal ini, kita sudah ada ubat alternatif iaitu Arixtra. Justeru umat Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang halal dan situasi di negara ini juga tidak darurat," katanya.http://waghih.blogspot.com
No comments:
Post a Comment