Sunday, May 1, 2011

Peristiwa Yang Macam Sampah


  • Muktasyaf Ibrahim AnNamir Rasanya Muallaf zaman sekarang ni pun lebih bagus ucapan syahadah mereka berbanding org yg sudah lahir dgn "nama Islamnya"...
    13 hours ago ·  ·  3 people

  • Zulhafidz Yahaya Didalam mendedahkan aib orang (jika benar) atau fitnah (jika tidak benar).. Allah dah buka aib dia..satu malaysia tengok dia mengucap takde shaddah..lafaz makhraj entah ke mana.. takyah minta laknat Allah swt, Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan.

    saya suka keberanian ustaz tu... kalah ustaz2 di JPM..

    13 hours ago ·  ·  5 people

  • Muktasyaf Ibrahim AnNamir Ya, awal2 dah 'terbongkar' keaiban diri sendiri...

Ustaz Shamsul Firdaus
MADRE AMOR SETUJU SANGAT-SANGAT DENGAN SETIAP APA YANG DIPERKATAKAN OLEH ENCIK ZULHAFIDZ YAHYA  DAN ENCIK MUKTASYAF IBRAHIM ANNAMIR ITU.. AMAT MEMALUKAN DIRI SENDIRI
info menarik selanjutnya  (>>>>) 
  Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar"

Rasa shahdu bila melihat seorang hamba Allah mengambil kesempatan memberanikan diri untuk memberikan nasihat kepada TRIO yang ingin melakukan upacara bersumpah.


Kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala bentuk kemurkaanNya kerana kerakusan golongan manusia yang terus berdegil melanggar perintah Allah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.
Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul .

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.
Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.
Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.
“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.
“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.
“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.
Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.
Tayangan video yang macam sampah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...