Friday, April 6, 2012

Simple Notes.. Insya Allah

Insya Allah...try the best...

How do I pray salat al istikhara, at what times , and are there special dua that I can read for different cicumstances? 

Read more: http://www.forumpakistan.com/how-to-pray-istikhaarah-t32441.html#ixzz1rGRXWfAV

Cara solat Istikharah – Tata cara sholat istikharah



Cara solat istikharah – tata cara sholat istikharah. Bagaimanakah cara untuk menunaikan solat istikharah? Adakah caranya sama sahaja dengan solat sunat biasa? itulah antara persoalan yang sering timbul terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali hendak mengerjakan solat sunat istikharah.
Kenapa Anda mengerjakan solat sunat Istikharah?
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
  • Waktu yang terbaik melakukan solat Istikharah ialah pada waktu 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2.00 pagi). Namun boleh juga dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas Maghrib.
  • Niatnya: “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah, baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah, baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat Solat Istikharah
niat solat istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
doa solat istikharan
Maksudnya: “Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Fadhilat Solat Istikharah
Sesungguhnya amalan Solat Istikharah ini amat di galakkan oleh Baginda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Demikian artikel tentang cara solat Istikharah serta tata-cara sholat istikharah yang boleh anda ambil buat rujukan. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Taala (SWT). (sumber).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...