Monday, April 9, 2012

Petir, Kilat Dan Guruh , apakah bezanya?


......................... petir ada I. guruh ada U.     petir + guruh = I  ♥ U......................hehe!.

PETIR atau halilintar adalah gejala alam yang biasanya muncul pada musim hujan di mana di langit muncul kilatan cahaya sesaat yang menyilaukan biasanya disebut kilat yang beberapa saat kemudian disusul dengan suara menggelegar sering disebuGURUH.

KILAT -  ialah nyahcas elektrik yang berlaku di atmosfera. Ia mampu bergerak selaju  60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F)


Both are Allah's creation

Apa yang patut kita lakukan bila berlaku  petir? Paling baik, elakkan dari berada di luar rumah. Bila di dalam rumah..,
1. Kita jauhkan diri dari apa2 peralatan elektrik. Matikan semua suis s.
2. Jaukan diri dari tingkap.
3. Jangan gunakan telefon. Cas elektrik yang dihasilkan oleh kilat mampu bergerak dalam wayar telefon.
4. Jangan sentuh paip besi atau jeriji besi pintu atau tingkap rumah.

Jika berada diluar rumah, pastikan:-
1. Segera mencari tempat berteduh.
2. Jangan berteduh di bawah pokok. Kilat mampu menumbangkan pokok.
3. Elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang. Tapi jika berada di padang juga, pastikan anda mencangkung atau merendahkan diri anda serendah yang boleh. Kilat biasanya akan menyambar objek2 yang tinggi atau dalam kedudukan vertikel. 
4. Jika di kawasan lapang itu ada longkang atau lekukan tanah, berlindunglah di dalam longkang atau lekukan tanah itu. Kedudukan anda akan lebih rendah jika berada dalam parit.
5. Jauhi kawasan berair seperti kolam atau tasik.
6. Jika anda sedang berenang, segera keluar dari kolam renang.
Kesimpulannya, berhati-hatilah semasa menghadapi ribut petir.

Kilat yang terhasil memang cantik tapi sangat merbahaya(sumber)

LUCKY TO BE ALIVE 

.(klik)

MELAKA: “Saya jatuh terlentang selepas terkena renjatan akibat panahan petir pada pokok berdekatan,” kata Mohd Faisal Othman, 14, antara 15 pelajar yang menjadi mangsa panahan petir di Kem Pengakap Bukit Katil..



"DIAlah yang menunjukkan kepada kamu kilat, untuk menakutkan dan kerana
memberi harapan, dan 
DIA jadikan awan mega yang berat.

Dan petir itu beribadah dengan memujiNYA (dan juga) malaikat,
lantaran takut kepada
NYA........."
                                    Quran Surah Ar Ra'd, Ayat 12 dan 13

Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak dengan sia-sia.

Ketahuilah bahawa petir itu beribadah dengan memuji kepada Allah swt
 dan lantaran takut akan DIA. Namun, amat sedikit sekali manusia beribadah 
dan memuji kepada Allah swt dengan mengingatiNYA lantaran amat sibuk dan
 disibukkan dengan pencarian hasil bumi. Disibukkan juga dengan pergelutan
 untuk berkuasa dan memerintah negara. Dan disibukkan juga dengan pelbagai perkara 
lain untuk kemajuan dan kepentingan diri dan keluarga.



Malah ada juga yang tidak sibuk tetapi alpa dengan menjadi penyibuk terhadap urusan-urusan orang lain. Ada juga yang tidak sibuk dan sangat senang bersantai tanpa berbuat apa-apa lantaran sikap MALAS.

Maha suci Allah, kami mohon perlindunganMU
 dari sikap MALAS (sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...