Untuk khusyu' kita perlu memahami bacaan dalam solat.
Berusahalah sedaya upaya mempelajarinya kerana orang yang sentiasa belajar akan mendapat pengampunan Allah jika tersalah.
Solat merupakan tiang agama dan perlu ditegakkan dengan apa cara sekali pun tanpa alasan.
Sedih benar hati ini bila dapat kabar baru2 ini ada rakan2 Madre yang terpaksa mengorbankan waktu solat 'Asar mereka kerana boss tak benarkan meninggalkan mesyuarat. Habislah luput waktu 'Asar sehingga masuk Maghrib...akhirnya apa yg dibincangkan itu sebenarnya tidak pun selesai juga..
Dalam hal tersebut memang Madre terselamat kerana awal2 lagi dah minta kebenaran
" CABUT LARI"..Masa itu pun dah pukul 6.30 ptg. Lebih menyedihkan apabila kawan Madre kata kat boss mereka nak solat 'Asar, beliau tunjuk isyarat tangan pula minta tunggu dulu.
Ya, Allah..ampunilah dosa hamba2 MU yang lemah itu kerana lebih MEMBESARKAN (maksudnya memberi keutamaan) kepada hal lain sedangkan dibibir sentiasa mengucapkan ALLAHU AKBAR...Allah lah Yang Maha Besar.
No comments:
Post a Comment