Saturday, April 28, 2012

Duduk Bantah


woww!!!Aishah pun ikut sama ewww....

Himpunan Bersih 3.0 bertemakan DUDUK BANTAH bagi menunjukkan kesepakatan rakyat menuntut hak untuk satu pilihan raya yang bebas, bersih dan adil di Malaysia dicadangkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28.04.2012 pada jam 2.00 petang.

(Harakahdaily,28 Apr12)
 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y0TnNtzIhTw

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

(Haji Habizal dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.

Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.

Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera  akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.

Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.

Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...