Monday, April 9, 2012

Hati-hati Wanita Tiruan

si comel  gini dikatakan tiruan?

BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.
KUALA LUMPUR – Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak. Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.

 “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”. Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman­ Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengu­saha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan­ perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.
Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.(kisah selanjutnya)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...