Sunday, April 8, 2012

Resdung

(Info perlu dibaca)Tuesday, February 15, 2011

PENYAKIT RESDUNG DAN TANDA-TANDANYA

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.
Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.
Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara 

      mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya
. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Banyak ubat resdung yang ada dipasaran. Oleh itu bertindaklah segera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...