Sunday, April 29, 2012

Persoalan Yang Tak Terjawab

Bila menonton video dalam internet tentang kekejaman polis membelasah peserta BERSIH 3.0   , Madre pun  tak terkecuali utk  memberi pandangan dan reaksi spontan ttg video itu... Tapi ada komen yg tercetus  dari anak2 mahasiswa yg bakal mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan menjentik minda kita untuk memikirkan sejauh mana mereka itu sedar  ttg apa yg  berlaku di sekeliling mereka.
*******************************************************************************************************

    • Amalina Sulaiman haiyoooo...hapeee la pulis ni da xde keje ke...ish3


    • Rusitah Abdul Latif Kalau iye pun nak tangkap, gari je lah kan?,
      kenapa dibelasah ramai2 macam tu...sangat kejam.

    • Afiqah Affandi 
      Klau polis pukul rakyat dikata zalim.. klau rakyat terbalikkan kete polis pukul polis memusnahkan harta benda awam xdikira zalim.. human havr flaws.. polis pon xsuka buat keje mcm tu.. lg baik spend masa kt umh dgn family.. tp demi keamanan
       ngra perlu ikut telunjuk kerajaan berkuku besi.. klu pembangkang jd kerajaan satu hari nt polis tetapdgn tugasnya dan mengikut arahan kerajaan pd masa tu.. tp rakyat xtau bersyukur dengan menuding jari pada satu pihak.. coin have two sides people.. we must think b4 we talk..


    • Rusitah Abdul Latif Dalam video tu nampak jelas kezaliman anggota polis yg terlibat ,tidak profesional menjlnkan tugas utk menjaga keamanan.
      Yg penting kita semua tau TIDAK SEMUA POLIS MACAM ITU. Kalau mereka menghayati ajaran Islam, ingat akan hukuman di akhirat bahawa setiap perbuatan di dunia akan mendpt pembalasan. Kezaliman yg dilakukan oleh sesiapa saja akan di bicarakan di mahkamah Allah. BERTAUBAT LAH sebelum terlambat.



      • Afiqah Affandi yeah ur right coins have two sides..


      • Afiqah Affandi 
        bukan niat untuk mengajar tp berkongsi pendapat.. sesungguhnya manusia yang baik adalah manusia yang tidak menyebarkan keburukan/ membuka aib org lain pada khalayak umum.. tiada manusia yang maksum seperti nabi Muhammad S.A.W.. semuanya melakukan kesilapan.. tp kita seharusnya bertaubat dan memohon keampunan agar diampunkan dosa yang kadang kala kita tidak sedar melakukannya.. apa yang kita mampu buat adalah berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan org yang menyebarkan fitnah baik dipihak kerajaan mahupun dipihak pembangkang.. berdoalah agar kita mendapat pemimpin yang betul2 menegakkan syiar Islam dan suatu hari nanti.. wallahua'lam..

Pada dasarnya Madre memahami ttg perhimpunan BERSIH 3.0 Duduk  Dan Bantah itu adalah sebagai tanda protes rakyat ttg beberapa perkara yg tidak diendahkan oleh pimpinan kerajaan. Dah namanya duduk, sepatutnya duduk berhimpun saja lah kan?  tapi, apa yg berlaku adalah sebaliknya...kecoh sana, kecoh sini ......mesti ada sesuatu yg tak kena ni!!!!

PROVOKASI?????????
betul ke????????wallahua'alam

Setiausaha umNO Bandar Tun Razak Mengesahkan Lagi Polis Terlibat Menyamar Kumpulan BERSIH(sumber)


http://www.facebook.com/zaharin.m.yasin?sk=wall

Statement saudara Zaharin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan lagi polis terlibat menyamar kumpulan BERSIH dengan tujuan membuat provokasi dan hura-hara juga kacau bilau di Himpunan AMAN Duduk dan Bantah KL 428.. Membodohkan orang, dalam tak sedar membodohkan diri sendiri di khalayak.. Macam la BERSIH tak tahu yang mula merempuh pagar di Dataran tu geng2 diorg.. 


Lihat pula gambar-gambar dibawah yang boleh merungkaikan siapa yang sebenarnya yang mencetuskan huru-hara pada Bersih 428 tersebut.. 



Lihat juga video SB yang membuat provokasi kantoi....



Sungguh sayang apabila pihak polis mengetahui dan berbangga dengan sejarah penubuhannya oleh penjajah kafir tetapi tidak mengetahui bahawa struktur kepolisan sesungguhnya telah pun wujud dalam Islam sejak zaman Khalifah Umar Bin al-Khattab lagi. Malah struktur polis wajib didirikan atas dasar Islam, bukannya sebagai kesinambungan dari struktur warisan penjajah!!!

Saturday, April 28, 2012

Duduk Bantah


woww!!!Aishah pun ikut sama ewww....

Himpunan Bersih 3.0 bertemakan DUDUK BANTAH bagi menunjukkan kesepakatan rakyat menuntut hak untuk satu pilihan raya yang bebas, bersih dan adil di Malaysia dicadangkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28.04.2012 pada jam 2.00 petang.

(Harakahdaily,28 Apr12)
 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y0TnNtzIhTw

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

(Haji Habizal dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.

Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.

Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera  akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.

Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.

Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.

Healthy Juices



1. Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

2. Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.


3. Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

4. Bitter gou rd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

5. Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

6. Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

7. Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

8. Pear & Banana - regulates sugar content.

9. Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

10.Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

11.Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

12.Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation 

With Dua
Aliwale Hussainwale
Motive is to get connected with Shia World.
     
"Nobody can go back and start a new  beginning,
 but anyone can start today and make a new ending".


Friday, April 27, 2012

Let It Go


Don't let yourself hate anything! Let go of hate of any kind, release that word from your being. Let it go...and fill that space with LOVE.


    • Rusitah Abdul Latif Rather than crying, being embarrassed and bringing yourself down with their hate, allow each hateful word to be a balloon that is tied to your wrist, and for every hateful word you hear, let it be another balloon to lift you up higher.

Kalbu Pilu Mengenangmu

Di saat kita berada di zon selesa, kenangkanlah nasib saudara2 yang seagama sana. Usahlah kita membazir dan bermewah belanja dengan barang-barang berjenama..cukuplah sekadar keperluan sahaja.


(Apa kami nak buat)??


Ramai yang bertanya, apakah sumbangan yang boleh dilakukan untuk penduduk Palestin.

Di sini ada beberapa cara yang boleh disumbangkan untuk penduduk Palestin yang telah dicadangkan oleh beberapa tokoh terkemuka;

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Muhtar Suhaili
Muhtar Suhaili 2

Ustaz Hasrizal

Semoga link yang ringkas ini akan membuka minda anda semua dan menjadi alternatif untuk menyumbang kepada kemenangan Islam kelak.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-



Wednesday, April 18, 2012

Bayu Perubahan



Apa cara sekali pun, perlu kita dengar lontaran suara hati insan sesama insan. Biar pun mereka itu rakyat marhaen yang tidak puja pangkat dan darjat namun mereka juga punya perasaan.




Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan

........................................

Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat


...............seterusnya (klik)


petikan dari  nukilan
Nasrudin bin Hassan

Saturday, April 14, 2012

Permata Untuk Isteri




Amat pilu dan sedih aku rasakan.
Hatiku hanya akan tenteram  dengan mengingati ayat-ayat suci al-Quran.
Aku yakin ada hikmah di sebalik tiap  kejadian .Teringat aku kepada maksud ayat:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (alAnkabut Ayat 2)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[alBaqarah Ayat 155 -157]

Tanda Bahagia

Rasa macam banyak lagi tanda2 ni  yang tak ada, adohai....confirm!! Madre  belum berbahagia

Tuesday, April 10, 2012

Ingat! Petanda Kiamat Kian Dekat .........

(kredit)

(sumber)
Menara ke 8 tertinggi didunia (Menara Abraj Al Bait dikenali juga sebagai Fairmont Tower) terbina  betul-betul dihadapan Kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat  sangat hampir.
(kredit)
Dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit;  Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan telah bermulanya era " Megatall".

Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat:

Daripada Umar bin al-Khattab r.a.... Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
 [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...

Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain.

Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk).

Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia.

Sumber: www.thenational.ae

Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower".


Kingdom Tower merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km

Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.



Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]

sumber
 

Monday, April 9, 2012

Petir, Kilat Dan Guruh , apakah bezanya?


......................... petir ada I. guruh ada U.     petir + guruh = I  ♥ U......................hehe!.

PETIR atau halilintar adalah gejala alam yang biasanya muncul pada musim hujan di mana di langit muncul kilatan cahaya sesaat yang menyilaukan biasanya disebut kilat yang beberapa saat kemudian disusul dengan suara menggelegar sering disebuGURUH.

KILAT -  ialah nyahcas elektrik yang berlaku di atmosfera. Ia mampu bergerak selaju  60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F)


Both are Allah's creation

Apa yang patut kita lakukan bila berlaku  petir? Paling baik, elakkan dari berada di luar rumah. Bila di dalam rumah..,
1. Kita jauhkan diri dari apa2 peralatan elektrik. Matikan semua suis s.
2. Jaukan diri dari tingkap.
3. Jangan gunakan telefon. Cas elektrik yang dihasilkan oleh kilat mampu bergerak dalam wayar telefon.
4. Jangan sentuh paip besi atau jeriji besi pintu atau tingkap rumah.

Jika berada diluar rumah, pastikan:-
1. Segera mencari tempat berteduh.
2. Jangan berteduh di bawah pokok. Kilat mampu menumbangkan pokok.
3. Elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang. Tapi jika berada di padang juga, pastikan anda mencangkung atau merendahkan diri anda serendah yang boleh. Kilat biasanya akan menyambar objek2 yang tinggi atau dalam kedudukan vertikel. 
4. Jika di kawasan lapang itu ada longkang atau lekukan tanah, berlindunglah di dalam longkang atau lekukan tanah itu. Kedudukan anda akan lebih rendah jika berada dalam parit.
5. Jauhi kawasan berair seperti kolam atau tasik.
6. Jika anda sedang berenang, segera keluar dari kolam renang.
Kesimpulannya, berhati-hatilah semasa menghadapi ribut petir.

Kilat yang terhasil memang cantik tapi sangat merbahaya(sumber)

LUCKY TO BE ALIVE 

.(klik)

MELAKA: “Saya jatuh terlentang selepas terkena renjatan akibat panahan petir pada pokok berdekatan,” kata Mohd Faisal Othman, 14, antara 15 pelajar yang menjadi mangsa panahan petir di Kem Pengakap Bukit Katil..



"DIAlah yang menunjukkan kepada kamu kilat, untuk menakutkan dan kerana
memberi harapan, dan 
DIA jadikan awan mega yang berat.

Dan petir itu beribadah dengan memujiNYA (dan juga) malaikat,
lantaran takut kepada
NYA........."
                                    Quran Surah Ar Ra'd, Ayat 12 dan 13

Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak dengan sia-sia.

Ketahuilah bahawa petir itu beribadah dengan memuji kepada Allah swt
 dan lantaran takut akan DIA. Namun, amat sedikit sekali manusia beribadah 
dan memuji kepada Allah swt dengan mengingatiNYA lantaran amat sibuk dan
 disibukkan dengan pencarian hasil bumi. Disibukkan juga dengan pergelutan
 untuk berkuasa dan memerintah negara. Dan disibukkan juga dengan pelbagai perkara 
lain untuk kemajuan dan kepentingan diri dan keluarga.



Malah ada juga yang tidak sibuk tetapi alpa dengan menjadi penyibuk terhadap urusan-urusan orang lain. Ada juga yang tidak sibuk dan sangat senang bersantai tanpa berbuat apa-apa lantaran sikap MALAS.

Maha suci Allah, kami mohon perlindunganMU
 dari sikap MALAS (sumber)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...