Sunday, October 30, 2011

Gejala Lupa


Sewaktu Madre menghantar anak balik ke apartmennya  di Kuala Lumpur,  entah macam mana Madre boleh tertinggal beg yang berisi dokumen penting dan berharga di biliknya.Memang masalah besar ni,bukannya dekat nak pergi semula, lebih2 lagi dalam beg itu bukan saja berisi buku bank dan kad ATM, malah bil-bil internet (untuk rumah dan broadband anak ) pun ada sekali. Bengang betul dibuatnya....heeee!!!!macam mana boleh tertinggal?? sedangkan Madre berada agak lama di sana, sembang2 dalam kereta,gelak2 dengan anak dan roomatenya dekat tepi tangga menuju ke surau sambil menunggu hubby tak turun2 dari atas bukit  surau tersebut.

Kalau dalam seminggu ini Madre tak boleh dapatkan semula bil2 itu, alamat kena potonglah perkhidmatan internet dan telefon rumah. 

Kenapa kita sering terlupa,kenapa boleh terjadi gejala ini?

7 Punca Kenapa Jadi Pelupa (sumber)

1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 jam jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.
2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.
3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.
4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. 
Selain itu rajinlah anda bersenam. Cegah lebih bagus dari berubat.
senaman sambil berbaring????hehe

7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.


MAKANAN YANG MENJADI PUNCA 'LUPA' (sumber)

Antara penyebab 'LUPA' ialah bermula daripada permakanan yang kita ambil rupanya.. antara makanan yang boleh menyebabkan kita mudah lupa adalah.. :-

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Cara untuk mengatasi masalah lupa (sumber)
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal.
Harap sangat2 hendaknya hujung minggu ni 'akak' dapat  balik  sambut Hari Raya Haji sekali dan jangan lupa bawa balik beg Madre.  
Penting ni.....plz, tolong jangan lupa ... 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...