Wednesday, October 26, 2011

Air Asam Girl Dan Roti Canai Banjir

Macam best je nama air tu, suka2 diorang namakan Air Asam Girl kan?. Apa pun penjual air asam boy mungkin rasa terancam sebab antara "boy and girl"  tentulah girl lebih laris dijual.

ni gambar cik google
 Sebenarnya Madre memang jarang sekali menjamu selera di luar apatah lagi masuk tempat2 yang eksklusif yang menyajikan makanan ala2 western bagai. Maaf cakap, kadang2  ada juga peluang makan di hotel  4 ke 5 bintang bila dihantar berkursus, tapi entah lah....tekak Madre memang tak boleh nak terima....rasa ragu2 halal ke tidak, tu yg tak jadi . Tapi...tengok orang lain makan macam sedap dan sungguh2 berselera sampai penuh pinggan melimpah2 diisi dengan berbagai jenis juadah, tapi  Madre patah selera.
Kadang2 ajak juga kawan2 pergi ke gerai2 berhampiran pejabat pula, nak makan beramai2 (berjamaah ler konon...) macam orang lain,  tapi Madre sebenarnya suka tengok orang makan je...diri sendiri agak2 arrggghhhh..hendak2nya kalau tempat tu berdebu dan berbau sesuatu yang kurang menyenangkan, memang makanan yg dipesan jadi rezeki mata je.

Baru2 ni, pergi ler kat satu warong kegemaran kakitangan ITU, order  roti canai "banjir"... 


camni  ler rupanya...
Biasa Madre makan roti canai kosong.... carik2kan dgn garpu  dulu baru cicah kuah atau sambal 


tengok diorang  makan cam berselera jer...
Madre punya roti ...hahaha! 2 keping roti tu penjualnya simbah ngan kuah sekali gus camtu, ...mampu sangat ke nak telan? dah kembang,
rasa berembat2 kat tekak...Astaghfirullah!!




Sudahnya, lebih baik masak sendiri dan bawa bekal sahaja..kan???
Terjamin Halalan Taiyiba


pinjam gambar Fathiya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...