Monday, October 17, 2011

7 Makanan Cegah Batuk Dan Selsema


Bersin dan Selsema
Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi karena ada partikel pengganggu dalam hidung anda. Hujung-hujung saraf di dalam hidung merangsang anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.

  • Penyebab lain adalah udara dingin atau sakit flu. Pada saat sakit flu, banyak partikel asing di dalam hidung Anda sehingga memaksa hidung merangsang bersin.
    Yang perlu Anda tahu tentang bersin yaitu kecepatan udara saat Anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Disaat bersin Anda akan mengeluarkan sampai 100.000 butiran kecil lendir dan mikro organisma. Itu sebabnya, saat bersin sebaiknya Anda menutupi hidung dan mulut Anda kerana ia  membahayakan orang lain.

  • Sama seperti bersin, ketika Anda batuk bertujuan untuk mengusir zat berbahaya dalam tubuh Anda. Jika bersin terjadi karena ada partikel asing di hidung, maka batuk terjadi karena ada partikel atau zat asing di dalam paru-paru atau tenggorokan. Tujuannya untuk membersihkan paru-paru dari zat yang berbahaya saat saluran pernapasan mulai terganggu. Batuk pula  dapat membersihkan tenggorokan tetapi boleh menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Sebaiknya ketika batuk, Anda perlu menutupi mulut Anda.
Jika anda diserang batuk dan selesema, selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema itu.

1. SUP AYAM
slurrppp... makan panas2
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan  selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran  anda atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, sekiranya anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, anda juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.



Sumber : Dari email

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...