Monday, October 24, 2011

Adab Mendengar Azan


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh berbuat begitu?

Allahu Akbar!!
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak - hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Ingatlah,sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah…’ Sedangkan telah dijanjikan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘ LailahaillAllah…’ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Ameen… ameen.. ameen Yarobbal ‘alamin…’
Disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam dan menghayati setiap kalimah azan. Kemudian hendaklah dia menngucapkan apa yang diucapkan oleh muaazzin melainkan pada haia'latain (hayya alas solah dan hayya alal falah) maka disunatkan untuk mengucapkan hauqalah (la haula wala quwwata illa billah). Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan apa yang diucapkan oleh muazzin."(Hr Muslim)

-Apabila dia berada dalam solat, tandas atau jimak hendaklah dia jawab azan selepas selesai.

-Apabila dia sedang baca Al Quran, berzikir atau pengajian ilmu hendaklah dia berhenti untuk mendengar dan menjawab azan. Selepas azan barulah di sambung rutinnya.

-Selawat dan doa untuk Nabi s.a.w
Disunatkan kepada muazzin, pendengar azan, orang yang melaungkan iqamah untuk berselawat kepada Nabi s.a.w, meminta kepada Allah supaya diberikan pangkat wasilah kepada Nabi s.a.w dan berdoa kepadanya. Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan seperti muazzin ucapkan. Kemudian hendaklah kamu berselawat kepadaku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian hendaklah dia meminta supaya Allah memberikan wasilah kepadaku.

Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan dalam syurga. Ia hanya diperolehi seorang sahaja dari kalangan hamba2 Allah. Aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang meminta wasilah untuk ku maka dia boleh mendapat syafaat dariku."(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berkata setelah mendengar azan:

Allahumma rabba hazihid da'watit tammah was solatil qaimah ati saiyidina Muhammadanil wasilati wal fadilah wab'athhu maqamam mahmudanil lazi wa'adtah

"Ya Allah Tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikan darjat wasilah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kelebihan. Bangkitkanlah ia dengan maqam yang terpuji seperti yang engkau janjikan".

Maka dia boleh mendapat syafaatku."(Hr Bukhari)

- Doa untuk diri sendiri
Disunatkan berdoa selepas azan kerana ketika itu adalah watu yang mustajab. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah. Hendaklah kamu berdoa."(Hr Abu Daud dan Tirmizi)



Subhanallah. …

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...