Motif sangat Madre tulis tajuk "Ai Shiteru" @ I love You utk entri kali ini, hehehe ..Sebenarnya bila dah terlampau stress, apa2 pun boleh tertulis ..merepek-meraban tak tentu pasal, tapi apa yg lebih utama kita hendaklah kembali kpd Fitrah- INGAT ALLAH, CINTA ALLAH, INSYA ALLAH.....
'Stress' atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526.
“Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.
Masyarakat khususnya yang beragama Islam perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan mental dan bagaimana cara mengatasinya melalui perspektif Islam. “Tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu".
"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya diselamatkan dari bahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yang membahayakan dirinya, dan bukan ribut diluar".
Langkah pertama kepada pengawalan stress ialah keberanian, berani untuk menerima perasaan takut dan mengawal atau menakluki ketakutan itu. Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajar mengambil kira hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak realistik.
Ungkapan "Ai Shiteru" kpd yg bukan berhak menerima, Ingatlah wahai si gadis!!
.... dirimu akan mudah kehilangan, hilang pertimbangan, hilang akal dan bermacam2 gejala sekunder yg memungkinkan terjadi juga "hilang dara" akibat dari perkosaan si makhluk pemangsa.
HILANG AKAL, HILANG INGATAN, HILANG SEGALANYA
salah siapakah? |
walaupun "gila" namun dia ttp punya daya tarikan seksual |
berkata2 sendirian |
apakah puncanya? |
merayau2 eminta air minuman? |