Wednesday, June 29, 2011

Peringatan Untuk Bang Long

Risau betul Madre tengok  anak sulung yang semakin hari semakin memboyak. Tak tau nak cakap macam mana lagi supaya beliau berusaha mengawal berat badannya yang semakin meningkat. Semenjak dah ada pendapatan sendiri ni, beliau sering makan di luar terutama sekali apabila ditegur supaya kurangkan makan diwaktu malam (di rumah). Bila cakap je sikit, terus angkat kaki.. hidupkan injin motor dan terus
blaaa...Mentang2 dah ada duit sendiri dan boleh berbelanja ikut suka hati.
Kalaulah kau baca entri ni, bang long...
.

Perut Oh Perut
Posted on Tuesday, June 28 @ 19:48:34 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: kopi_o

"perut buncitAduhhh...cam ner ni? Butang dah tak boleh nak kancing lagi..Dulu pakai seluar ni muat aje..tapi skrg ni kenapa dah tak boleh? Baru aje bulan lepas aku beli seluar ni...
Dulu biasa nyanyi lagu katak oh katak...sekarang ni mendodoi lak perut oh perut...

Perut oh perut, kenapa ko buncit...macam mana aku tak buncit, engkau tak jaga makan. mulut oh mulut, kenapa ko tak jaga makan...macam mana aku nak jaga, makanan tu sedap sangat...
Ahhh, ini semua alasan aje...yang benarnya, tuan punya badan yang malas.. ambil tak tau aje tentang pemakanan, bak kata pepatah membujur lalu, melintang patah...ada yang jahat mulut tu..tolak batu ngan kayu aje aku tak makan, yang lain semua baham...hahaha..
Masalah perut sbenarnya, anda tak keseorangan, ramai lagi yang hadapinya. ZackJ ada beberapa tips yang nak dikongsi bersama,selamat mencuba...



Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.
Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobic, berlari atau berenang.


ZackJ
http://mestimilik.blogspot.com

Sunday, June 26, 2011

Taubat

(SUMBER)

Apakah itu Taubat?

Taubat adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan dosa, samada dosa kecil mahupun dosa besar, dan sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Sunan Tirmizi, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

كل إبن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik kesilapan adalah disertai dengan taubat kepada Allah." Bahkan Allah s.w.t. sendiri memerintahkan kita selaku orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 31:

{وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون}

Maksudnya: "Bertaubatlah kepada Allah semuanya, wahai orang2 yang beriman, moga2 kamu beroleh kemenangan (di akhirat yaitu pelepasan daripada api neraka)." Telah menyebut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya yang masyhur "Riadhus Solehin", di antara syarat taubat ada 3, sekiranya ia tidak bersangkut paut dengan manusia, cuma dengan Allah sahaja:-

1) Hendaklah dia meninggalkan maksiat tersebut
2) Menyesali apa yang telah dia lakukan dahulu
3) Berazam untuk tidak mengerjakannya lagi buat selama-lamanya
*Sekiranya gugur salah satu daripada ketiga syarat tersebut, taubatnya tidak sah dan tidak diterima Allah.

Namun, sekiranya dosa dia itu bersangkut-paut dengan manusia, seperti ambil barang atau hak orang lain, maka wajib dia mengembalikannya atau memohon maaf kepada orang tersebut, sekiranya telah mati, hendaklah memohon maaf kepada keluarganya yang terdekat. Dan inilah syarat ke-4 yang disebut oleh Imam Nawawi.

Oleh itu, apa yang penting dalam bab taubat adalah keazaman untuk berubah dan meninggalkan maksiat, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat Hamba2Nya. Yang penting keazaman itu ada dalam diri kita, tataplah sirah seorang hamba Allah yang telah membunuh 100 jiwa, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadith bukhari dalam kitab Ahadith Anbiya' dan juga hadith Muslim dalam kitab At-Taubat.

Di sana mungkin timbul persoalan, apakah Allah akan menerima taubat saya sedangkan dosa saya terlalu banyak? Jawapan yang mudah, lihatlah peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Musa a.s. Suatu hari, baginda didatangi oleh seorang hamba yang menanyakan soalan seperti di atas, apa jawab Musa, apakah dosa kamu lebih besar atau keampunan Allah itu lebih besar? Ya, ternyata keampunan Allah itu lebih besar. Buktinya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Anas bin Malik:

لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم إستغفرتني غفرت لك

Maksudnya: "Sekiranya dosa2 kamu bertimbun sampai ke puncak langit (kerana banyaknya), kemudian kamu memohon keampunan kepadaku (sebelum mati atau kiamat), nescaya aku akan mengampunimu." Ya Salam, Wa Subhanallah, Maha Pegampun Allah lagi Maha Menyayangi Hamba2Nya. Satu lagi persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita, apakah pantas kita melakukan taubat, padahal setelah itu kita kembali kepada maksiat (kerana lemahnya iman), sepertinya bermain-main dengan taubat, lebih baik tak perlu taubat?

Jawapan yang mudah kata para alim ulama', kalau tak taubat lagi bahaya, macam mana kalau mati sebelum sempat bertaubat, satu lagi, bertaubat setelah itu buat dosa, setelah taubat lagi setelah buat dosa, bukankah dikira main2, apakah perlu diteruskan juga taubat? Sudah tentu, teruskan bertaubat, meskipun kita buat lagi dosa itu setelah taubat, kemudian kita sedar, taubatlah lagi, kerna kita tidak tahu bila kita akan mati.

Kata Ulama' moga2 dengan perbuatan tersebut, kita mati dalam keadaan kita bertaubat dan bukan ketika kita buat maksiat, oleh itu, teruskanlah taubat, bahkan Nabi sendiri pernah ditanya, soalan yang sama seperti tadi, jawab Nabi teruskanlah bertaubat, moga2 roh kamu diambil saat kamu taubat.

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi

Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Sarang Burung Walit

(Klik sini)



Apa Itu Sarang Burung?

Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu
i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
Fakta-Fakta Industri Sarang Burung
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.
Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
Harga sarang burung mentah berada di antara
RM 1,000 – RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung?
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion.
Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
Harga sarang burung mentah berada di antara
RM 1,000 – RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Industri Bio-Teknologi?
Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan.
Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai.
Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung.
Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina
Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng.
Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit.
Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.
Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.
Kandungan Kimia Sarang Burung
• 9% moisture
• 20% inorganic ash
• 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
• 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
(Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo.
Kebaikan Sarang Burung Walit
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
• Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
• Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
• Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
• Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
• Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
• Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.
• Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

Seperti yang kita ketahui, sarang burung itu dibuat dari air liur burung walit tersebut. Setiap hari, sepasang walit betina dan jantan bergantian membuat sehelai sarang dengan cara mengoleskan air liur mereka ke dinding gua, dinding tebing, ataupun atap rumah. Ingat..Satu satu hari hanya mengoleskan satu helai sarang aja. Jadi jangan heran, untuk membuat sarang saja diperlukan waktu sekitar 33-41 hari. Malah, pada saat musim kemarau, pembuatan sarang mengambil masa lebih lama, sekitar 80 hari.
Sarang burung dengan kualiti sempurna yaitu memiliki bentuk seperti mangkuk, dindingnya tebal, kuat dengan tinggi kira – kira 5 cm, serta bersih tidak tercemar kotoran, boleh dijual dengan harga yang cukup tinggi. Sebaliknya, sarang burung yang kualitinya rendah, yaitu yang serat – seratnya tidak utuh, kotor, serta bentuknya cacat, hanya dijual dengan harga murah.

Terdapat dua jenis sarang burung bila dilihat dari warnanya. Ada sarang burung putih yang seluruhnya terbuat dari air liur burung walit, dan sarang burung hitam, yang terbuat dari campuran air liur dan bulu – bulu burung. Sarang burung walit yang berwarna putih lebih mahal harganya.  Ada juga, sarang burung yang memiliki serat – serat merah di sarangnya seperti darah. Itu harganya jauh lebih mahal .



Khasiat Sarang Walet Mitos atau Fakta

ENTAH dari mana mulanya khasiat sarang burung walit (Collocalia fuciphaga) cukup terkenal di seantero dunia. Sarang burung anggota famili apodiae ini sejak puluhan bahkan mungkin ratusan tahun lalu diyakini punya khasiat dalam memberikan kesegaran dan bahkan untuk menjaga kesihatan tubuh manusia. Mitos baik untuk kesihatan muncul dari pengalaman pengguna yang  disampaikan dari mulut ke mulut itu kemudian disebarluaskan pula oleh media massa.

Ada 3 kelompok responden yang diteliti, masyarakat, awam, pengusaha dan ilmuwan, mengatakan bahwa sarang walet punya banyak keampuhan. Antara lain menjaga kesegaran tubuh, meningkatkan vitalitas, obat awet muda, memelihara kecantikan dan menghambat kanker.

Sarang walit itu berfungsi sebagai food supplement ibarat multivitamin. Kekebalan tubuh meningkat dan penyakit menyingkir, Jadi selain itu juga sarang burung walet mengandung protein yang berbentuk glikoprotein yang merupakan komponen terbesar selain karbohidrat, lemak, dan air. Jumlahnya mencapai 50 persen. Di tubuh, protein berperanan sebagai zat pembangunan. Ia membentuk sel - sel dan jaringan baru serta berperan aktif selama metabolisme protein asal hewan diakui lebih gizi lantaran punya ikatan senyawa lebih kompleks dari pada protein nabati.

Bahkan salah satu senyawa turunannya azitothymidine telah diteliti bisa melawan AIDS. Istimewanya lagi, sarang walit sumber asid amino yang lengkap. . sebagai pelawan stroke dan kanker. Mineral-mineral sarang walet tak kalah manjurnya untuk mendukung aktiviti tubuh.
Ada 6 mineral yang sudah diketahui seperti kalsium, besi, phospor, kalium dan natrium.Di dalam tubuh, kalsium berperanan untuk pembentukan tulang. Sayangnya, mineral dan senyawa penting sarang walet mudah leyap.
Oleh karena itu, Dr. Kong Yun Cheung dari Universitas Hongkong, menyarankan sarang walit tidak perlu di cuci, sebab glikoprotein akan terbuang, toh sup sarang walit tetap menunjukkan manfaat sugesti penyantaplah yang diduga jadi obatnya.

Saturday, June 25, 2011

Surah Yusuf: Mishary Rashid Al-Afasy [Part 1/5]















 Keep these concepts in mind:
 You've failed many times, although you don't remember.
 You fell down the first time you tried to walk.
 You almost drowned the first time you tried to swim. . . . Don't worry about failure.
 My suggestion to each of you:
 Worry about the chances you miss when you don't even try.Sherman Finesilver 

Wednesday, June 22, 2011

Seven Benefits of Coconut Water

EMEL PILIHAN : 

Coconut water is the purest liquid second only to water itself. It has many health benefits and uses that you probably did not know about. 
Many persons have gone to the Caribb ean , the Pacific Islands , Florida , H aw aii , South America or Southern Asia and have tasted some very refreshing coconut water. The palm trees you have become accustomed to while on vacation are very potent sources of coconut water that has many health benefits and uses that you probably did not know about. Coconut water is the purest liquid second only to water itself. It is chock full of electrolytes, calcium, potassium, magnesium; everything that is good for you.
Coconut water is the liquid that is taken from unripe coconuts. If coconuts get ripe the liquid that is inside will harden and become a part of the white flesh of the coconut, which is used to make coconut milk. So, picking the coconut while it is unripe will ensure that the body gets all the benefits of coconut water. 

Coconut Water Hydrates the Body

Coconut water is an isotonic solution which replaces the fluids and minerals that the body loses during physical activities. For this reason, many athletes and persons who work out regularly are encouraged to drink coconut water to replace all the minerals and fluid that they lose while working out. Even the United Nations Food and Agriculture Organization (FAO) attest to the benefits of drinking coconut water when it fought for a patent in 2000 to market coconut water as the next big sports drinks. 

Coconut Water Relieves Urinary Problems

If you consume coconut water on a regular basis it can reduce urinary problems. People who suffer from strangury, polyutra and other urinary ailments drink coconut water to relieve their 
symptoms

Coconut Water Kills Intestinal Worms

Drinking coconut 
water with one teaspoon of olive oil for three days will kill intestinal worms and clear the stomach of worms, which makes for better digestion. 

Coconut Water Breaks up Kidney Stones
 
People who have kidney problems and are plagued by kidney stones should drink coconut water in addition to taking their medication. Drinking coconut water regularly helps to break up kidney stones making them easier to push out. 

Coconut Water is Used in Blood Transfusion

Coconut water is almost identical to blood plasma and this makes it easy to use for blood transfusion. In cases of emergency coconut water has been used as an intravenous hydration fluid instead of the standard IV fluid. During World War II many wounded soldiers were saved in the Pacific because of emergency transfusion using coconut water as plasma. 

Coconut Water is an Antibacterial

Coconut water contains monolaurin, an antiviral, antibacterial and antiprozoal monoglyceride that is used to kill lipid-coated viruses such as HIV, Herpes, cytomegalovirus, flu and various pathogenic bacteria. 

Coconut Water Controls Vomiting

Coconut water is great at reducing vomiting. People who have typhoid, malaria, fevers or other ailments that are known to induce vomiting drink coconut water to settle the stomach. As such, coconut water is also a good thing to drink during a hangover.
Green or unripe coconuts can be found in Asian and West Indian markets. All coconuts that they sell are closed up to keep coconut water from losing its nutrients. So, if you plan on buying a coconut, you can ask someone to chop the coconut open or you can open it yourself at home and drink it.

Tuesday, June 21, 2011

Disebabkey Malah Smaye......

Ambo nok tinggal baghe ni utok perhatie adik kakok.
Dale hadis, Nabi Muhammad ado sebut 
“Sapo2 hok to gi smaye Jumaat selamo TIGO kali bertughut tughut denge takdok sebaghe keuzure, mako Allah Taala ake tutup pitu hati dio”. 
Sor lagi tetey kesoh Nabi Muhammad memandikan mayat seoghe tuo yer mati dan Allah Taala tukar tubuh bade oghe tuo nih jjadi BABI...  Nate hok paling hino skali.....(di sebabkey malah smaye) 
نعوذ بلله

Sunday, June 19, 2011

Sudirman - Salam terakhir



Impian Kini Terlaksana

Akhirnya impian  Madre untuk buat sendiri simenfero bukan lagi angan2 kosong (klik sini). Ianya telah tercapai dan siap dalam tempoh 45 hari dengan 5 buah meja + 4 buah bangku setiap satu.


 Lepas ni teringin ler pulak nak  belajar buat kolam dengan air terjun serta lain2. Apa salahnya beragan2 dulu...bukannya kena bayar pun!



Replika buah manggis ni sebenarnya tong sampah, boleh buka-tutup

Replika cendawan pun ok juga

 Terima kasih kepada semua anak-anak "buah2an" seramai 10 orang yang bekerjasama . Walaupun
sebenarnya hanya beberapa orang saja yang memperlihatkan kesungguhan untuk menyiapkan kerja. Madre memang rasa terkilan dengan sikap beberapa orang yang bercakap tak serupa bikin.
Pernah juga beberapa kali Madre terpaksa bertungkus lumus seorang diri buat kerja di bengkel serta membersihkan kawasan sekitar tempat projek simenfero tersebut...Rasa kecewa juga kadang2 dengan sikap seorang kawan yang seakan2 ingin menggagalkan projek ini. Namun, Alhamdulillah! Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar.





















Hakikatnya memang tidak mudah untuk menyiapkan 5 meja dan 20 bangku simenfero itu dengan kekuatan anggota dari unit yang berlainan . Kalau nak dikira tenaga dan wang ringgit dari poket sendiri pun memang berbaloi2 jugalah..tapi, Madre rasa puas hati . Mudah2an ianya akan menjadi sebahagian dari amal jariah yang ditinggalkan untuk kegunaan ramai.













Bila boss anjurkan pertandingan lanskap, berebut2 pula 4 kumpulan yang bertanding memilih set meja dan bangku yang paling cantik buatan kami. Akhirnya, kumpulan Madre sendiri pun terkulat2 putih mata..
Nasib...nasib!!! Sabar jer lah Madre....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...