Friday, June 10, 2011

Wanita tidak selamat lagi berjalan di Malaysia

Berita Oleh: amkns
Ini kes yang dilaporkan. Berapa banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, dilaporkan tetapi tiada tindakan susulan, bilakah Malaysia akan aman, rakyat akan berasa selamat terutama para wanita apabila berada di luar rumah tanpa ditemani para suami?


 
JURURAWAT DICULIK NYARIS DIJUAL
Harian Metro 9 Jun 2011
Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.  
Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu. 
Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri. 
Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang. 
Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa. 
http://www.hmetro.com.my/articles/Jururawatdiculiknyarisdijual/Article  
"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...