Saturday, June 4, 2011

"Aksi Melampau"

Aksi Peragut Pecah Cermin Kereta di Seksyen 16 Petaling Jaya

(+Video)

  (sumber)



Menurut keterangan di Youtube, klip ini dirakam pada 27 Mac 2011.  Manakala berita di Yahoo pula menyatakan bahawa kejadian ragut ini berlaku di Seksyen 16, Petaling Jaya. Klip ini menjadi "hangat" sejak dimuatnaikkan di Youtube dan laman sosial.

Klip sepanjang 23 saat ini menunjukkan 2 orang lelaki yang menunggang dan membonceng sebuah motosikal menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di laluan yang mempunyai lampu isyarat. Pembonceng motosikal itu kemudiannya bertindak memecahkan cermin tepi kereta itu dan meragut beg di sebelah tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua penjenayah itu meninggalkan tempat kejadian dalam sekelip mata.
Hati-hati. Sesuatu musibah seperti kejadian boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa dapat anda jangkakan!

Video:
Popout
Memang cepat "operasi" peragut lahanat ini.
Kepada pemandu wanita, janganlah duk tayang beg tangan Gucci anda di atas kusyen hadapan. Peragut sentiasa memerhatikan anda. Berhati-hatilah selalu...
P/s: SEBARKAN Video ini!!!!

2 comments:

trialtodelete said...

Bila la malaysia ni nak aman kan?

Madre Amor said...

betul lah, Ijai...jenayah semakin menjadi2, amat menakutkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...