MALAM LAILATUL QADAR
Lailatul qadar adalah sesuatu hal yang besar yang perlu dicari oleh setiap orang yang beriman. Panduan dari alim ulama sangat berguna dalam mujahadah pencarian kita (klik sini)
Apakah malam al Qadar 1433H ini akan sudi bertamu di wadah hati yang kotor dan bernafsu liar? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?
Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.
Alangkah bahagianya jika kita dapat bertemu malam itu, malam yang terlebih baik dari seribu bulan:
Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”...
Tapi, AWAS YE!!!
Janganlah hendaknya kita terpengaruh dengan Hadith2 palsu (klik) kerana Syurga itu AMAT MAHAL, dan hanya dengan Rahmat dan kasih sayang Allah sahaja kita layak memperolehi nikmatnya.
Izz Al-a'd Hehe nk wt pe tggu lailatul qadar, solat terawih mlm yg ptama dosa dh d'ampunkn spt bayi baru lahir... Xcaye p tanya... Islam tu mudah bg mrk.. Maaf sape2 yg tsinggung..
Lailatul Qadar perlu ditunggu, dicari sampai dapat jika benar2 kita tidak mahu kerugian. Inilah masanya (dibulan Ramadhan) kita perlu bermujahadah menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Ketika Ramadhan tiba Rasulullah saw bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan bulan yang penuh berkah. Di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa; di dalamnya pintu-pintu syurga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barangsiapa tidak mendapati malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan." [9133] Sahih Riwayat Ahmad
Bagi yang bergelar anak, lebih2 lagi bagi mereka yang telah kematian ayah -ibu, berdoa'lah untuk mereka......
Berbahagialah anak-anak yang tidak menggunakan perkataan kasar seperti ah kepada ibubapa mereka dan sentiasa mendoakan keampunan bagi kedua ibubapa mereka.
Dalam hal ini, Madre Amor sangat menghormati mantan ketua (Timbalan Ketua Pengarah) jabatan tempat Madre bertugas ie: Dato' Dr. Ahmad Suhaimi Omar. Kita tengok je tulisan2 di Fb beliau, selain dari itu memang Madre mengenali beliau sejak dalam jabatan dulu seorang yang sangat menghargai ibu-bapa (anak yang soleh hendaknya)
No comments:
Post a Comment