Friday, August 17, 2012

Pasal ketupat ni...."Tepuk Dada Tanya Selera"

pinjam gambar ye...

Madre Amor memang tak nak ambil risiko pasal benda-benda macam ni, sebab tu kami sekeluarga lebih suka buat ketupat  dari daun kelapa.
Lagi pun memang seronok bila kita dapat mengujudkan suasana  menyambut Hari Raya bersama anak2 sambil menganyam ketupat, boleh santai2 main dengan kucing2 yang memang sukakan lidi. Meriah betul mereka melompat2 setiap kali kita sibuk buat anyaman, kucing2 pulak perasan macam kita mengacah mereka main2 dengan lidi dan daun ketupat untuknya.
Sekejap lagi Madre nak keluar cari daun ketupat yang banyak dijual ditepi2 jalan dekat pekan. Walaupun Madre ada menanam pokok kelapa yang sepatutnya boleh diambil daunnya untuk buat anyaman, tapi....hmmmm, tak sempat pun nak berpucuk, dah habis di kerjakan sang monyet yang tak sudah2 mengerjakan segala hasil tanaman Madre Amor. Mereka kelaparan kerana kawasan habitat telah dibangunkan, jadi kenalah cari makan di kawasan perumahan nampaknya. SADAQAH JARIAH jer laaa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...