"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN”
"TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM"
Bermaksud “Moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua”
(Ucapan Hari Raya yang mengikut sunnah)
Dalam keghairahan meraikan hari kemenangan, ramai yang secara sengaja atau TIDAK dapat mengelak diri dari terjebak dosa dalam amalan tradisi berhari raya.
Antara kesalahan yang biasa dibuat semasa Hari Raya :
-
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya . Ramai yang mengambil mudah akan hal ini, menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama. Mereka menganggap hari raya ini merupakan lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi),
berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan.....
rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.
Beberapa kesalahan di hari raya yang dicopy paste dari (sumber) ini memang realiti terjadi dimana-mana dalam masyarakat kita.
Bermegah-megah dengan persiapan raya yang melampau. Contohnya, tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Kalau boleh semua nak baru.
Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Masyarakat kita ni terlalu mementingkan adat dari agama. Nanti kalau tak salam ada pulak yang cakap sombong. Tak pasal-pasal first raya dah dapat dosa.
Makan berlebihan. Alasannya nak qadha makan masa bulan puasa.
Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja. Bukan apa, kalau minta maaf masa raya takde la malu sangat. Jarang dengar orang minta maaf selagi tak raya.
Hari raya orang pergi ziarah saudara mara tapi ramai yang duk lepak depan TV tengok cerekarama. Biasalah, time raya banyak rancangan yang best kat TV.
Bergaya dan berhias yang melampau. Maksudnya berpada-pada sikit la nak berhias. Jangan la kalau duk kampung berhari raya dengan pakai kasut tumit tinggi. Tenggelam kang kasut tu dalam tanah.
Beria-ria bangun pagi nak pergi solat sunat hari raya tapi solat subuh tadi tak bangun pun
No comments:
Post a Comment