Friday, August 31, 2012

Bila Bicara Soal Hati


أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
Andai dunia & segala isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba .

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam, Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..."
Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..

Muhasabah diri
Jika ikhlas itu bertepi, dimanakah hujung keikhlasan itu menyepi..
Jika ikhlas itu tak ada batasnya, maka seberapa luas hati, dan seberapa luas fikiran mampu menembus batas mencapai keikhlasan itu?...


Ya Tuhan kami, "janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau lah yang memberi kurnia kepda hamba-hambaNYA"
(petikan dari Surah Ali Imran ayat 8)

Doa agar tidak di sesatkan setelah mendapat hidayah dari-NYA
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)
 Kata-Kata Nasihat Ibnu Qayyim

#Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

#Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

#Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

#Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

#Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

#Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Surah 67 Al Mulk (The Kingdom) - Mishary Rashid Al Afasy سورة الملك



Saturday, August 25, 2012

Easier said than done........

The Messenger of Allah SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam said: 

"On the night that I was ascended up to the heavens, I came upon a people whose lips were being cut off by pliers made from Fire. Every time their lips were severed, they would be brought back and formed again. So I said: 'O Jibreel, who are these people?' He said: 'They are speakers from your ummah, who say words but do not do deeds, and who read the Book of Allah (Qur'aan) yet do not act (on it)." 

[Sahih Ibn Hibban 53, Hasan Sahih by Albani also Silsilah Sahiha 291.]

"Indeed, Allah is with the patient." [2:153]
"And Allah loves the patient." [3:146]

Oh Allah! Please grant me ever-lasting patience & make me of your loved ones! Aameen! :')

آمِينْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

 We’re left with a choice. Either let the guilt throw you back into the behaviour that got you into trouble in the first place, or learn from the guilt and do your best to move on.

Friday, August 24, 2012

Rahsia Surah Al-Kahfi





(sumber)
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam-memperingatkan akan bahaya fitnah dajjal di akhir zaman, bahkan baginda pernah  berkata: "seandainya aku masih hidup di saat dajjal datang, maka aku pasti akan menolong kalian"(kurang lebih maknanya seperti itu). Namun Rasulullah -salallahu 'alaihi wasallam kini telah kembali menghadap Ilahi dengan meninggalkan satu pesan, agar umat yang dicintainya membaca surat al kahfi setiap hari jum'at, agar terhindar dari fitnah dajjal tersebut.

Kajian pernah dibuat untuk mengetahui :

1. Apa isi kandungan surah al kahfi....??

2. Apa hubungan surat al kahfi dengan dajjal....??

3. Bagaimana cara menghindar dari fitnah dajjal....??


1. Isi kandungan surah al kahfi

a. Kisah para pemuda kahfi, yang  disiksa karena istiqomah dalam agamanya, yaitu agama tauhid.

b. Kisah pemilik dua kebun, yang intinya menceritakan ttg fitnah kekayaan.

c. Kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s, yang intinya menceritakan tentang fitnah ilmu. Nabi Musa kurang tawadhu, sehingga diperintahkan oleh Allah untuk belajar dari Nabi Khidir, yang akhirnya Musa as tidak mampu untuk bersabar.

d. Kisah Dzulkarnain, yang intinya menceritakan ttg fitnah kekuasaan. yang dengan kekuasaan, orang bisa sewenang-wenang, tidak adil, dst.. namun Dzulkarnain adalah gambaran yang sebaliknya, dia adalah pemimpin yang adil, dan menyandarkan semuanya kepada Allah.

2. Apa hubungan surat al kahfi dengan dajjal...??

lebih tepatnya, apa hubungan empat kisah di atas dengan dajjal pendusta...??

Ternyata dajjal pendusta akan membawa ke-4 fitnah tersebut.

a. Fitnah agama, dia bisa menjadikan manusia kafir kepada Allah swt, orang yang terpengaruh dengan ajakannya, akan menggadaikan agamanya.

b. Fitnah kekayaan, dengan kekayaannya dia bisa mempengaruhi manusia, untuk ingkar kepada tuhannya.

c. Fitnah ilmu, dengan ilmunya dia mampu menyesatkan manusia.

d. Fitnah kekuasaan, dengan kekuasaannya dia memerintah dengan sewenang-wenang.

3. Bagaimana cara menghindar dari fitnah dajjal...??

a. Persahabatan yang saleh (al kahfi : 28)

b. Tidak terikat dengan dunia (al kahfi : 45)

c. Tawadhu (al kahfi : 69)

d. Ikhlas (al kahfi : 95) ikhlas menyandarkan segala sesuatunya kepada Allah

dan sangat tepat mengapa Rasulullah -salallahu 'alaihi wasallam- menganjurkan kepada kita untuk membaca surat al kahfi setiap hari jum'at.
wallahu a'lam.


Karipap Roti

(sumber)


 Sedap dimakan semasa panas bersama secawan kopi.Jom tengok resepi.
Resepi Asal Karipap Roti : P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash
Bahan Inti
* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)

Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.

Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk  menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.

           Karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar .Balikkan ia dan sapu telur pada bahagian yang belum disapu telur tadi dan masukkan semula kedalam oven.

Thursday, August 23, 2012

Kita Mampu Mengubahnya


  "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN”
                               
  "TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM"
Bermaksud “Moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua”
(Ucapan Hari Raya yang mengikut sunnah)

Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.
Dalam keghairahan meraikan hari kemenangan, ramai yang secara sengaja atau TIDAK dapat mengelak diri dari terjebak dosa dalam amalan tradisi berhari raya.
Antara kesalahan yang biasa dibuat semasa Hari Raya :
 -  Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya . Ramai yang mengambil mudah akan hal ini, menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama. Mereka menganggap hari raya ini merupakan lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi)
berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan.....
rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. 
Beberapa kesalahan di hari raya yang dicopy paste dari (sumber) ini memang realiti terjadi dimana-mana dalam masyarakat kita. 
 

  
Bermegah-megah dengan persiapan raya yang melampau. Contohnya, tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Kalau boleh semua nak baru.



Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Masyarakat kita ni terlalu mementingkan adat dari agama. Nanti kalau tak salam ada pulak yang cakap sombong. Tak pasal-pasal first raya dah dapat dosa.




 Makan berlebihan. Alasannya nak qadha makan masa bulan puasa. 



 Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja. Bukan apa, kalau minta maaf masa raya takde la malu sangat. Jarang dengar orang minta maaf selagi tak raya.



Hari raya orang pergi ziarah saudara mara tapi ramai yang duk lepak depan TV tengok cerekarama. Biasalah, time raya banyak rancangan yang best kat TV.



Bergaya dan berhias yang melampau. Maksudnya berpada-pada sikit la nak berhias. Jangan la kalau duk kampung berhari raya dengan pakai kasut tumit tinggi. Tenggelam kang kasut tu dalam tanah.



Beria-ria bangun pagi nak pergi solat sunat hari raya tapi solat subuh tadi tak bangun pun

Friday, August 17, 2012

Pasal ketupat ni...."Tepuk Dada Tanya Selera"

pinjam gambar ye...

Madre Amor memang tak nak ambil risiko pasal benda-benda macam ni, sebab tu kami sekeluarga lebih suka buat ketupat  dari daun kelapa.
Lagi pun memang seronok bila kita dapat mengujudkan suasana  menyambut Hari Raya bersama anak2 sambil menganyam ketupat, boleh santai2 main dengan kucing2 yang memang sukakan lidi. Meriah betul mereka melompat2 setiap kali kita sibuk buat anyaman, kucing2 pulak perasan macam kita mengacah mereka main2 dengan lidi dan daun ketupat untuknya.
Sekejap lagi Madre nak keluar cari daun ketupat yang banyak dijual ditepi2 jalan dekat pekan. Walaupun Madre ada menanam pokok kelapa yang sepatutnya boleh diambil daunnya untuk buat anyaman, tapi....hmmmm, tak sempat pun nak berpucuk, dah habis di kerjakan sang monyet yang tak sudah2 mengerjakan segala hasil tanaman Madre Amor. Mereka kelaparan kerana kawasan habitat telah dibangunkan, jadi kenalah cari makan di kawasan perumahan nampaknya. SADAQAH JARIAH jer laaa...

Tuesday, August 14, 2012

Please forgive me, Ya Allah!

Amiin, ya Rabbal 'aalamiin  source:(I ♥ Muhammad)


اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Monday, August 13, 2012

Mengenali Jin, syaitan dan iblis laknatullah


Betul ke di bulan Ramadhan iblis dan syaitan dirantai?, betul ke?? siapa iblis dan syaitan itu?
Musykil betul dalam hati Madre ini, sebab di bulan Ramadhan masih terdapat gangguan2 makhluk halus di rumah.
(klik)

Siapakah Iblis?
Terdapat perbedaan pendapat tentang asal-usul iblis, apakah berasal dari malaikat atau jin.

Pendapat pertama menyatakan bahawa iblis berasal dari jenis jin. Ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Bashri. Beliau menyatakan: “Iblis tidak pernah menjadi golongan malaikat ,dia benar-benar berasal-usulkan jin, sebagaimana Adam adalah asal-usul manusia.” (Diriwayatkan Ibnu Jarir dalam tafsir surat Al-Kahfi ayat 50, dan disahihkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya.)
Iblis adalah salah satu golongan jin yang durhaka kepada Allah. 
Kepada Iblis, Allah telah menyediakan tempat baginya di Neraka, beserta para pengikutnya, ie: syaitan dari golongan jin dan manusia.
Hal ini kerana Iblis menentang perintah Allah untuk bersujud kepada nabi Adam.
Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di t mengatakan: “Iblis adalah abul jin (bapak para jin).” (Tafsir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 406 dan 793)

Sedangkan syaitan, adalah kalangan jin yang durhaka. Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi pernah ditanya tentang perbezaan jin dan syaitan, beliau menjawab: “Jin itu meliputi syaitan, namun ada juga yang solih. Syaitan berjanji akan memalingkan manusia dan menyesatkannya. Adapun yang solih, mereka berpegang teguh dengan agama, memiliki masjid-masjid dan melakukan solat . Hanya saja majoriti mereka itu bodoh.” (Nashihatii li Ahlis Sunnah Minal Jin) 

Adapun hantu sebenarnya merupakan jin yang berubah rupa (jin mampu merubah wujudnya) menjadi menyeramkan (dalam pandangan manusia) dan mempunyai maksud tertentu memperlihatkan diri pada manusia.

Dalam Islam, yang dimaksud dengan syaitan adalah sebutan untuk manusia dan jin yang ingkar kepada Allah.
Syaitan itu bukan hanya berasal dari jin saja. Jika manusia kufur kepada Allah, maka manusia tersebut disebut syaitan.
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin" (QS Al-An'am:112 )

* yang sudah pasti syaitan berupaya menanam benih mazmumah dlm hati manusia, sebab itu kita mesti sedaya upaya memperkukuhkan keimanan dan jatidiri menentangnya.

Ada orang kata dalam masjid pun  selalu kelihatan hantu2 tak berkepala macam ini...
huhhhh...
suka hati je kata jemaah yg hadir ke masjid sbg hantu…. menggelarkan seorg muslim yg hadir ke masjid dengan kata2 yg tak baik macam tu amat tidak baik. Mana kita tau, mungkin org  tu sedang menyesal..baru timbul kesedaran semasa khatib membaca khutbah Jumaat kan?





Monday, August 6, 2012

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..InsyaAllah..





ilmu untuk menajamkan 
penglihatan mata dan 
mengurangkan rabun 
mata..
Semua orang boleh amalkannya:

Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan 
أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan
kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam
gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata..

 (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya,
yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

*لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! 
Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai
tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian
yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari
ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya
perkara-perkara hari akhirat). (22)

Sunday, August 5, 2012

Ada Apa di Dalam Kaabah? HUZAIFAH AL-SELANGORI



Dalam Kaabah
3d dalam kaabah 0
3d dalam kaabah
Pernah kah anda terfikir, apa sebenarnya terdapat dalam Kaabah itu?
Kalau di zaman Arab jahiliyah dulu, seperti termaktub dalam sejarah, kita tahu yang dalam Kaabah terdapat banyak patung-patung sembahan.
Selepas pembukaan Mekah oleh Nabi Muhammad saw, semua patung-patung itu telah dibuang. gambar-gambar yang dilukis atau diconteng oleh orang Arab jahiliyah di dalam Kaabah turut dibersihkan. maka, sekarang, apa yang telah terjadi di dalam Kkaabah?  adakah hanya sebuah bilik kosong sahaja? saksikan gambar-gambar dan artikel terperinci di bawah.
Dizaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy. Tiang-tiang Kaabah itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.
Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.
Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.
Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.
Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.
Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.
Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.
Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.
Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.
Perigi Harta Dalam Kaabah
Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.
[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press.
Sumber Rujukan: Islah Edu My (blog)
PM Chechnya pernah diberi penghormatan untuk membersih bahagian dalam Kaabah bersama pemerintah arab saudi.

Friday, August 3, 2012

Pertemuan Malam Itu....

MALAM LAILATUL QADAR

Lailatul qadar adalah sesuatu hal yang besar yang perlu dicari oleh setiap orang yang beriman. Panduan dari alim ulama sangat berguna dalam mujahadah pencarian kita (klik sini)
Apakah malam al Qadar 1433H ini akan sudi bertamu di wadah hati yang kotor dan bernafsu liar? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?
Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.
Alangkah bahagianya jika kita dapat bertemu malam itu, malam yang terlebih baik dari seribu bulan:
Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”...
Tapi, AWAS YE!!!
Janganlah hendaknya kita terpengaruh dengan Hadith2 palsu (klik) kerana Syurga itu AMAT MAHAL, dan hanya dengan Rahmat dan kasih sayang Allah sahaja kita layak memperolehi nikmatnya.

  • Izz Al-a'd Hehe nk wt pe tggu lailatul qadar, solat terawih mlm yg ptama dosa dh d'ampunkn spt bayi baru lahir... Xcaye p tanya... Islam tu mudah bg mrk.. Maaf sape2 yg tsinggung..

Lailatul Qadar perlu ditunggu, dicari sampai dapat jika benar2 kita tidak mahu kerugian. Inilah masanya (dibulan Ramadhan) kita perlu bermujahadah menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Ketika Ramadhan tiba Rasulullah saw bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan bulan yang penuh berkah. Di dalamnya Allah mewajibkan kalian berpuasa; di dalamnya pintu-pintu syurga dibuka lebar dan pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan-syaitan dibelenggu. 
Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, dan barangsiapa tidak mendapati malam itu maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan." [9133] Sahih Riwayat Ahmad

Bagi yang bergelar anak, lebih2 lagi bagi mereka yang telah kematian ayah -ibu, berdoa'lah untuk mereka......
Berbahagialah anak-anak yang tidak menggunakan perkataan kasar seperti ah kepada ibubapa mereka dan sentiasa mendoakan keampunan bagi kedua ibubapa mereka.
Dalam hal ini, Madre Amor sangat menghormati mantan ketua (Timbalan Ketua Pengarah) jabatan tempat Madre bertugas ie: Dato' Dr. Ahmad Suhaimi Omar. Kita tengok je tulisan2 di Fb beliau, selain dari itu memang Madre mengenali beliau sejak dalam jabatan dulu seorang yang sangat menghargai ibu-bapa (anak yang soleh hendaknya)

Allah telah mengajarkan kita untuk memohon ampun bagi diri sendiri dan kedua ibu bapa kita ""Rabbighfirli waliwalidayya (Ibrahim (14):41 dan Nuh (71):28) warhamhuma kama rabbayani shaghiran" ( Isra (17):24). Telah sempurnalah wahyu Allah dan tiadalah yang lebih baik. 



    • Ahmad Suhaimi Omar Semoga kita dapat berdoa dan semoga Allah menerima (memakbulkan) doa kita ... dan dengan itu
      Bersihlah diri kita dan ibubapa kita dari dosa, walhasil berat timbangan kanan dan SYURGALAH natijahnya.
       ameen, ya Rabbal'aalameen.

Thursday, August 2, 2012

Krisis Identiti "Ayam -Penguin"

Pelik! Ayam Menyerupai Seperti Penguin

Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BY SHAH
ON AUGUST 2, 2012 AT 10:30 AM

  • Melayukini.net – Pelik! Ayam Menyerupai Seperti Penguin | Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.
Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.
Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.
Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.
“Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga  tidak fikir ia boleh berenang dengan baik.  “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...